29 December 2010

ramalan penjual tiket..




Malaysia vs Vietnam
stadium bukit jalil
harga tiket rm 20

Malaysia menang 2-0

Malaysia vs Indonesia (1st leg)
stadium bukit jalil
harga tiket rm 30

Malaysia menang 3-0

Malaysia vs Indonesia (2nd leg)
stadium gelora bung karno
harga tiket Idr 200000
Rate: IDR 1 = MYR 0.0003
Indonesian Rupiah200,000 = Malaysian Ringgit 60 

Malaysia menang???


xxxxxxxxxxxxxxxxx

kalau ikotkan ada harapan menang 6-0 ni..keh3

22 December 2010

pemecahan rekod...

arini aku bernasib kurang baek..rekod sebulan lebih aku  kalis dari dikompound berkubur.. mamat jaga parking arini pandai maen sorok-sorok .. die punya kelibat aku tak dapat kesan..aku agak die guna teknik baru la..argggh..cilake ...


tak pe..tak pe..
ko jangan nak senyum lebih - lebih  mamat parking..kang ko telan spek mata kat dahi ko tu..
aku cuma nak cakap sikit je ni..

" aku tak nak bayor.."...keh3....

xxxxxxxxxxxxxx

06 December 2010

kadang - kadang......

 kadang - kadang formspring ni boleh gak buat darah menyirap...keh3


nak tau lebih lanjut, tengok sini 

19 November 2010

**entry berbayar : 2 alam yang kelam.....


sinopsis 2 alam drpd dr. rozmey kat sini


ni sinopsis dari aku plak..

penonton tak tau pun yang bapa si adam tu seorang pelakon bangsawan..die hanya seorang lelaki berumur duduk di kerusi roda yang tak banyak cakap..ada sikit flashback pasal si adam ni hebat mengaji..dan guru mengaji die adalah hairie othman..kah3..

penonton tak tau pon yang adam ni penah duduk london, berkahwin dengan jejaka inggeris, tukar jantina dan sebagai pelakon pentas.. penonton cuma akan tau die study kat landon..tu pon selepas si andrea abdullah berbual - bual secara tak natural skripnya dengan mak adam iaitu rosnah johari..segala kepopularan dan "aura london" tak langsung dipaparkan bagi mengukuh jalan cerita.

kewujudan teman lelaki adam yang pastinya penonton tertanya-tanya pasal kepopularannya sebagai "bintang pop".. hanya boleh harapkan ketampanan tanpa bakat berlakon..cuma dipaparkan die sebagai lelaki play boy dan kuat sex..haha. adegan merogol yang yang tak menerbitkan rasa kesian langsung sebab 3 orang watak perogol adalah seorang bodoh,lurus dan menjadikan scene tu kelakar..

perjalanan untuk mengkebumikan jenazah ternyata mencabar seperti yang biasa dipaparkan dalam cerita indon slot " taubat" di tv3..sangat biasa dan kurang pengolahan yang benar - benar dapat mecetuskan rasa keinsafan.. banyak persoalan timbul sebab jalan cerita yang tah apa-apa diselitkan bagi memanjangkan waktu tayangan

ni antara komen drpd blogger laen
ohbulan.com
tontonfilem.blogspot.com

pasal jalan cerita, aku rase agak mendatar takde unsur suspen melainkan hanya terkejut..klimaks tak dapat dikenalpasti kat mana.. 60% jalan cerita adegan kegersangan,peluk-peluk, mandi, sewaktu denganya..25% adegan menagis  adam/amy dan ibu adam.. 15% adegan laen -laen seperti kesusahan membawa jenazah dan adegan merogol.

kehadiran faizal husin tak mengahsilkan sesuatu yang menarik sebab die hanya muncul pada awal - awal cerita.. lakonan mudah daripada beliau kerana tak perlu menghafal skrip yang panjang..aaron aziz sebagai peneraju utama yang terkongkong wataknya..menjadi seorang ustaz yang terlampau skema percakapannya.tak mengambarkan seorang ustaz tetapi seperti seorang budak sekolah aliran agama.
suhaillah salam adalah seorang yang layak belakon dalam filem lucah..mempunyai tubuh yang betul- betul sengaja dipamerkan untuk tatapan umum sepanjang tanyangan..lakonannya menarik kerana keseksian dan pandai buat memek muka hodoh semasa menagis teresak-esak..kesian kat yank kasim sebab sepatutnya die yang memegang watak perogol bukan seorang berserban yang hanya muncul sekejap sahaja. royadi johari adalah bakat baru yang kayu..watak mudah yang hanya perlu memaparkan susuk tubuh dengan boxer yang sama setiap adegan ranjang.


filem ini mempunyai konflik agama yang agak berat.. memerlukan ilmu agama untuk memahami seperti:

  1. memandikan jenazah yang telah bertukar jantina
  2. jenazah yang telah murtad
  3. pengebumian di luar kawasan tanah perkuburan


xxxxxxxxxxxxx


 ni semua hanya pandangan dari aku, maybe ada yang aku tak tulis..nanati aku update

18 November 2010

2 alam....adakah barzakh atau sebaliknya...keh3..


sumber: google

aku nak g tengok malam ni..sok aku review..kalau tak best sok tertonggeng la mamat ni..hahahaa..

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

16 November 2010

pilih lembu lagi baik....


  " SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLaDHa "

( baca dalam tune gadis-gadis..penat aku  wat tulisan camtu..)



tak silap aku dua minggu lepas penyampai mohor dah umum kat tv sok raya.. tak suspen la kan? keh3...pastu stail cakap stil tak berubah..aku rase semenjak aku baru pandai tengok tv orang tu gak aku tengok tiap -tiap raye..haha.. tak pe la..abaikan..

okey...sok raye, cuti 1 hari je...aku rase tak ramai geng yang tak balik..so aku pun tak nak raye kat kampung ar camtu...so korang kalau nak bagi aku daging lembu jangan fikir banyak kali..bagi je..tapi bagi kat makcik aku sebelah rumah..haha..kalau boleh la..bagi daging pinang eh..pastu bagi la tulang selangka lebih sikit....haha..

aku tak nak cakap banyak..aku pun tak reti nak tulis panjang - panjang..kalau rajin baca blog- blog ni..

Hikayat Sinaganaga Origami III

tak faham ? baca yang ni plak..

cursing malay


INI FYNN JAMAL CAKAP


aku tak tau nak cakap camne..tak nak maki - maki..korang takyah korban maruah camni time raye korban eh..


xxxxxxxxxxxxxx

aku tetap pilih lembu..kah3


15 November 2010

February 06 - 14 ~ Bullfrog......


aku baru lepas baca blog her drugbuddy..
korang bace sendiri la..
aku dah try google bullfrong yang paling comel
tapi tak jmpe..

xxxxxxxxxxxx

11 November 2010

Dato OKU..


tadi aku pergi bank paling islamic dalam malaysia..customer tak berapa nak ramai..aku tunggu hampir setengah jam sebab  1 kaunter je yang bukak..pastu  makcik pulak yang jaga..ntah mane pergi staf muda-muda.. aku dah maki sebab service slow nak mampos.. tiba -tiba datang seorang lelaki berpangkat aku agak tak reti segan silu terus masuk line kat kaunter tu.. aku lagi panas hati la jadinye..dah tu boleh plak coling -coling sambil buat urusan tu.. memang faker la..ko tak tau ke dah lame aku tuggu turn aku sampai sengal..

.............

sampai turn aku..aku setelkan pape urusan yang aku nak buat.. sebelum blah aku tanye kat makcik tu..

aku : laki baju biru tadi tu OKU ke.. boleh potong line?
makcik : eh.. tak la dik..kan dato tu.....

makcik cakap dengan senyum tak berapa nak manis..aku terus blah...

xxxxxxxxxxxxxxx

10 November 2010

81......

 pengesahan penutupan blog blom dapat lagi..

xxxxxxxxxxxxxxxx

korang penah tengok 1 liter of tears tak?







 ni ad episod special..
"special 1 leter of tears memory"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 aku baru tau kewujudan siri special ni..

03 November 2010

80...............



menunggu pengesahan proposal penutupan blog..


xxxxxxxxxxxxxxxxx

21 October 2010

20102010........

dalam fb ramai yang cakap tarikh cantik..dari sudut pandangan nombor digital, susunan nombor berulang memang istimewa dan hanya boleh didapati pada hari semalam.. kalau semalam ari ahad, aku agak - agak fasha sandha akan bertunang, nora danish dilamar, artis -artis dan golongan bukan artis akan melangsungkan perkahwinan. tapi semalam adalah hari rabu, so keistimewaannya tidak dapat menjadi sejarah..maka sejarah pun tak tercipta kat diri aku.. 

semalam pagi perjalanan aku ke ofis diganggu oleh beberapa orang penjaga jalan iaitu anggota JPJ.. aku yang mengamalkan pemanduan yang tak berapa berhemah menukar cara pemanduan serta merta.. trotle aku kendurkan.. type r menyusur pelahan memotong makcik - makcik berbasikal...

aku diarah ke tepi..buat muke steady aku terus kuarkan lesen tanpa disuruh.. anggota tu buat muke kerek..aku tak heran bahkan takut sama kali ..sementara die memeriksa lesen aku.. aku tengok beberapa orang apek membawa bakul sayur tanpa berhelmet melintasi sekatan jalanan dengan senag lenang..aku geleng kepala..
aku takde buat kesalahan.. so aku disuruh blah je la..

 tapi, nak dijadikan cerita... kalau semalam 21102010.. maka sejarah mungkin tercipta kat diri aku..  lesen aku yang mati pada 20102010...last-last day baru orang ni nak check lesen aku..hahaa.. kalau tak melayang duit gaji aku bulan ni....keh3..

xxxxxxxxxxxxx

rasa bersyukur...

20 October 2010

masyarakat gunung-ganang 3

budak - budak ni dapat tips-tips nak menjawab soalan SPM..ada sikit-sikit soalan ramalan dari cikgu-cikgu penanda kertas jawapan ni.. aku dok sane dapat gak refresh pe yang aku dah belajar dulu..tapi aku rase kalau jawab soklan SPM yang sekarang ni belum tentu dapat cemerlang macam dulu..keh3..lupe beb care-care nak jawab..haha..


kat whiteboard ni penuh dengan tip-tip tok subjek math.. sure boleh jawab ngn cemerlang tak toleh tepi punye... setakat A++ tak de hal ley tersemat molek kat result peper korang nanti.. nak  subjek laen contact aku secara senyap- senyap..orite?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

clue: soalan ada kaitan antara kucing dengan ikan...hak3..

19 October 2010

bulat-bulat cerah....


aku tengah datang minat snap gambar - gambar camni.. aku suke yang bulat - bulat yang camni.. tukar angin kejap snap yang bulat - bulat pada gadis -gadis..hahaha..
gambar mentah hasil dari camera cabuk aku yang hasilnya menjadi kegilaan gadis -gadis semasa..keh3..




















xxxxxxxxxxxxx
 gambar last sekali tu bukan bulan taw....
korang agak-agak matahari ni terbenam kat timur ke barat..?
aku dah syak macam -macam ni..hik3..

18 October 2010

masyarakat gunung-ganang 2



15 orang peserta kursus yang aku tak tau latar belakang diorang sampai kat dewan.. cuaca memang agak panas.. basah ketiak masing -masing berjalan dalam lingkungan 200m pas turun dari van masing-masing.. aku duduk tersenyum kat meja pendaftaran bawah kipas dalam dewan depan pintu dengan rambut tak tentu hala stailnye hasil dari putaran kipas yang seperti helikopter.. style rambut aku abai.. seyum kene manis.. kelihatan beberapa orang gadis dalam kumpulan kali ni..senyum aku jadi makin lebar dan semanis kurma..

" hye... beg letak tepi sana kejap.. kamu semua datang sini check nama.." sapaan aku ringkas dengan mata terbuka luas melingas mencari sesuatu yang cute..diorang patuh pada arahan ringkas aku..aku terus senyum tak putus -putus..tugas aku jalankan dengan sempurna sebelum aku suruh diorang duduk kat kusi masing-masing..

diorang datang dari satu daerah dan datang ke kursus ni ditaja oleh sebuah sektor kerajan..pelajar - pelajar harapan dari beberapa sekolah dalam daerah tu..

.....................

fasi 1 : selamat datang semua saya ucapkan.. kamu kenal kawan - kawan kat sebelah kamu ni?

peserta : kenal !!( suara yang agak lantang kedengaran)

fasi 1 : eh? bila masa kenal ni? kan sekolah laen-laen..( dengan penuh kehairanan)

peserta : kat facebok  kak..

fasi 1 : owh..okey..( mood kehairanan hilang serta merta..)


xxxxxxxxxxxxxx

masyarakat gunung-ganang







xxxxxxxxxxxxxxx

nsib baek gambr makcik kantin takde..
nak je aku letak kat sini..
the stingy makcik
"pesky"

30 September 2010

ありがとう..



xxxxxxxxxxxxx

tak paham kan pe tajuk tu..maksudnya thank you..hahaha...

27 September 2010

raya aku sebenar..

raya ke 16..aku baru terasa kehadiran aidilfitri.....nikmat sebenar aidilfitri..hik3..terus terfikir pasal puase 6..belum buat lagi ni..ermm..ada lebih kurang 13 ari lagi..tak pe la aku cuba la buget mase macamne nanti.

ramadhan tahun ni berbeza dari tahun sebelumnya...mak aku tak dapat masak sahur untuk aku adik beradik sepenuh bulan ramadhan..aku mengambil tugas memanaskan lauk je waktu orang laen sibuk memasak..hak3..
tak pe la.. mak aku ada tugas lagi penting dan mulia sebab nak teman ayah aku kat hospital.. bila raya dah dekat , mak aku masih kat hospital... aku just buat persiapan ringkas je la.. mood aku tak raya sangat..more to take care my family member and kumpul adik beradik aku je.

raye , ayah aku dah balik kat rumah.. mak aku dah cakap tak g raya mane - mane sebab ayah aku tak ley gerak sangat..aku pun tak kisah mane.. aku lebih suke camtu.. so aku akan jadi suri rumah mengambil tugasan membuat air dan topap kuih.. serius orang ramai datang..betul-betul datang beraye sampai kueh raye abis..hik3..

raye ke 6 ayah aku meninggal.. meningal dengan tenang depan mak dan adik beradik aku kecuali abg aku yang sulong.. abg aku dah balik ke kl mase tu.. syukur gak adik aku yang kat terengganu belum balik sane..dapat gak die tatap muka ayah aku.. secara automatik aku menjadi anak sulong waktu tu.. proses pengurusan jenazah berjalan lancar dengan bantuan kawan ayah aku.. kenduri arwah untuk 7 ari pun berjalan lancar.. mak aku cakap rezeki ayah aku murah.. sebab ramai yang bersedekah untuk kenduri tu..

aku tak beraya ke mana-mana.. kawan- kawan aku terabai taun ni..hak3..sori la geng sebab aku tak dapat bagi masa tok korang..tapi aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat kawan-kawan yang datang ziarah ayah aku.. sori aku tak dapat cakap banyak ngan korang mase tu.. mood sedey la wey..

 raye ke 16.. abg aku menikah.. aku rase dugaan abg aku nak nikah ni banyak tul..tapi die ni yang cool..so last-last jadi gak.. ni pun lepas bincang dengan saudara mara pasal tarikh yang ditetapkan lagi sebelum puasa ni agak tak menghormati pemergian ayah aku.. sebelum majlis nikah, tok kadi ada mintak semua orang  sedekahkan Alfatihah tok ayah aku n ayah akak ipar aku .. akak ipar aku pun die anak yatim gak.. mase tu la suasana jadi tul-tul sayu.. pakcik-pakcik aku dah mula tahan air mata tak nak bagi menitis.. tok kadi pulak baca doa sambil nagis-nagis.. semua terus menagis la mase tu..

majlis diteruskan..abang aku berjaya juga jadi suami orang dengan dua kali lafaz.. aku yang dok kat tepi die debarnye laen macam..lege bukan maen pas tok kadi cakap sah.. bila semua dah setel..adegan nagis-menagis diteruskan..


xxxxxxxxxxxxxx

24 September 2010

iklan....



aku suka iklan ni..aku terasa seperti di dalam bas..hak3..

22 September 2010

syawal 12



aku kembali ke ofis setelah hampir dua minggu bercuti...ofis tak banyak berubah..keadaan sekeliling pun same je..cuma kedai makan dah banyak yang buka... takde pertambahan gadis- gadis still macam sebelum ni ..tapi akt ofis aku ada kueh raya.. ni je perubahan yang aku perasan..haha..

aku cuti sakan tapi tak beraya pun..marhaban aku join tapi tak semua rumah aku g...cuaca panas sangat ar.. boleh kuar darah dari idung..ni bukan sebab tengok pempuan seksi..aku jadi suri rumah sepenuh masa raya taun ni..sedara mara ramai yang datang nak ziarah ayah aku..so mak aku sebuk la kan melayan tetamu..aku kat dapur tak abis-abis wat air ngan isi air batu..ni belum lagi kene isi kueh raya... masing - masing cakap kueh raya sedap..saje je nak amik ati aku soh topup kueh lagi...sampai tak sempat  nak cuci mata tengok tetamu-tetamu..hik3... aku bukan merungut..tapi aku baru sedar keperluan anak perempuan di dalam adik beradik aku..hahaha..

aku tak beraya rumah kawan - kawan..masa aku amat terhad..aku bayak abiskan masa kat rumah..cuma malam raya ke 3 aku sempat melepak kat mamak tengok bola..tu pun aku cilok kuar soh adik aku amik alih tugas kat dapor..

xxxxxxxxxxxxxxxxx

07 September 2010

penyampai mohor..(edisi raya)




aku sebagai penyampai mohor blog ni nak cakap sikit la sepena nak raya tak lama lagi..

kepada umat islam, aku mengucapkan semoga mendapat keberkatan ramadhan yang hampir kat penghujung ni..ada beberapa ari lagi nak terawikh..bawak - bawak la ke masjid atau surau berdekatan..moreh banyak lebih..tak de orang nak makan..kepada pak imam dan  bilal yang mengimarahkan masjid..taun depan kekalkan reputasi anda..tak payah cari surah lagi pendek untuk taun depan..kepada yang belum bayar zakat fitrah tu..sila-sila la lengkapkan rukun islam yang ke - 4..kalau tak bayar nanti tak dikira tau pahala pose ni..( aku dengar dalam khutbah jumaat lepas..)

kepada geng sekalian..soalan pertama aku...korng tak cukup pose kn? jujur la wey..hak3..orite-orite..kalau yang dah berubah tu bagus-bagus..tapi yang pempuan macam the croc bulu-bulu girl  and the tiny girl..try-try la cukupkan pose..tengok the bread maker tu..die puasa penuh taun ni..tak caya?..tanye die sendiri..hahaha

kepada yang teruja-ruja raye taun ni iaitu yang telah berkerjaya..dengar kabar angin duit gaji melimpah ruah..hak3..jangan lupa nak bazirkan sikit untuk aku ye..aku takde hal kalau nak ajak membazir sekejap..jangan nak tipu aku cakap korang gune wet tu wat derma la, bayar zakat untuk bobo la,dah abis belanje nurse la, beli ipad la, bikin moto la ,dan macam - macam lagi..aku  tak nak dengar tu semua..tapi kalau bagi alasan simpan wet nak tunang aku terima..hahahaha..

kepada yang stadi lagi..cepat-cepat la abiskan stadi..tak yah la nak extend untuk beberapa taun akan datang...tapi korang masti syok dapat cuti raye lame sikit..boleh la nak jeles-jeleskan kat dak yang keje..hik3..

okey-okey..aku dengar ada yang dah sampai kampung tengah sebuk wat kuih raya..the croc bulu-bulu girl mane janji-janji manis mu?..yang masih keje ari rabu..sabar- sabar..raya mesti ari jumaat punye..nanti nak balek kampung kalau naek moto ati- ati..untuk the contaraktor, macam mane ada awek baru tak kat subang?..untuk the garden heart, aku nak dua kotak bateri panosonic k...untuk the bad man, agak-agak balik kampung bawak cps putih tak?..untuk the tiny girl, raya taun lepas shida tunang, pe kate taun ni ko plak?..untuk the three phase,mintak enginer-enginer belanje eh..

kepada sir yusof...kalau buat open hause contact kitorang la ye..kitorang belum mampu nak buat open house sendiri..hak3..kepada yang laen,kalau ada wat program beraya bagi tau la eh..boleh g sama-sama..

ni lisa surihani ada sikit ucapan untuk korang..tak yah tanye mne aku dapat, ad no fon tak...no! no! no! ta yah nak gatak-gatal k..



lisa surihani belajar menari,
cuba menari tarian zapin,
selamat hari raya aidilfitri,
mintak maaf zahir batin..


xxxxxxxxxxxxxxxx

di sini aku memohon ampun dan maaf sekiranya aku ada terbuat silap di dalam blog ni yang mungkin menggguris ati sesetengah pihak..
aku cuti berbloging untuk beberapa hari..

01 September 2010

mer-dek-kah....(merdeka)

aku tau 31 ogos tu hari merdeka..
aku tau 31 ogos 2010 dah 53 taun negara kita ni merdeka..
aku tau ramai orang tak kibarkan jalur gemilang...
aku tau rakyat tak suka sangat dengan kerajaan..
aku tau pertama kali sambutan dibuat di dalam stadium tertutup...

tapi malam merdeka aku berada kat rumah terbaring sambil berfikir menenangkan hati..tak terpacul langsung rasa nak keluar pergi dataran melihat gadis-gadis, mat rempit-mat rempit, belon-belon, lampu-lampu, bunga api-bunga api dan sebagainya seperti kebiasaannya aku buat..

detik pukul 12 malam berlalu seperti hari biasa dan letupan bunga api yang sayup- sayup aku anggap hanya mainan kanak - kanak kampung seberang..aku terus berbaring merehat tubuh hingga terlelap..
maaf terlupa mengucap selamat malam..

pagi aku hanya menonton tv untuk menyaksikan majlis sambutan yang sederhana tapi meriah..tak mengapa..masih wujud 1 Malaysia di situ..dalam hati terbit rasa bangga jadi anak Malaysia selepas merdeka ni..cuma rasa sedikit tak bangga  dengan pengurusannya.

petang aku teruskan aktiviti menonton tv... on je tv aku terus memaki...mungkin pahala pose aku kurang sedikit semalam...

WTF ....


xxxxxxxxxxx

pe jadahnya tv3 boleh kuarkan cite haram yang sangat- sangat aku tak suke mase cuti merdeka..pliis la wey...tayang la cite tempatan..buat apa nak bangga cite sinetron yang merapu tu...skip 1 ari takkan tak boley..aku memang fuck cite indon masa ari merdeka....

30 August 2010

kata - kata jari 5

mungkin
terbatal aganda
akibat si durjana tiket
kamu sudah terkena
jadikan titik peringatan

pasti
keluargamu  gembira
aku tumpang sama
puteri pulang ke taman 
membawa keceriaan

jemputan
bersua ahli keluarga
melengkap ibadah bersama
malu bersatu dengan debar
aku dah bersedia
keh3...

senyum dilempar ceria
perkataan disusun rapi
 mengadaptasi
dua hala komunikasi

aku 
perlu teruskan misi
janji

xxxxxxxxxxxxxx


terima kasih kepada keluarga taman sayang 2 sekali lagi....hik3..



27 August 2010

aku dan "geng surau"....

kejadian berlaku beberapa hari lepas...aku tersenyum lebar dapat komen ni kat wall aku...tergelak jugak bila baca dua kali....die ni pensyarah aku mase aku stadi dulu..baik orangnya...masih ingat aku dengan persis..hahaha..


aku kene tengok cite ni..sambil terbayang aku yang berlakon....errrr..same ke muke aku ngan mamat tu..?hahahaha....

tapi rumah aku takde astro...camne ni?

xxxxxxxxxxxx

sesiape yang berhajat  nak pasangkan astro kat rumah aku pastikan bilnya anda tanggung..pastu kalau boley nak astro B.yond dan tv plasma skali eh..hik3

26 August 2010

moreh moden..

 beberapa hari gak aku skip tak terawikh..badan rase lemah -lemah ..otot-otot kat betis rasa longgar je..surah-surah pendek yang selalu imam baca dah mula kurang dalam minda.. feel ramadan pun mula malap ni..tak ley jadi..aku kene kembali ke masjid jamek kampung tok bersenam sambil beribadah..

aku dapat info yang bagus ni..aku harap betul la..kalau salah tolong betulkan..korng tak yah la nak kerek terawikh 23 rakat kalau just nak tunjuk-tunjuk..wat 8 rakaat pun dah afdal tapi yang penting konsisten..baru berkat..

semalam aku wat 8 je sebab rasa penat..kang kalau wat 23 tapi dalam kepala nak balik je tak guna kn?..aku kuar pintu masjid toleh kanan kiri..mencari rezeki..wawww...berkotak - kotak moreh bersedia..aneh..aku tenung kotak tu lama -lama...pak cik yang mengular mase terawikh berhenti berborak menumpukan pandangannya ke aku.." nak ke?...ambik la..dua pun tak pe" pakcik tadi berkata sambil lewa..

tak lengah aku capai dua jalan terus ke tempat parking type R..aku bukannya tamak tapi nak bagi kat untie aku sebelah rumah satu..aku rase ni la 1st time moreh yang agak luar biasa ..tapi aku memang doakan orang yang derma 20 kotak air mineral ECPI semoga terus murah rezeki..



dalam perjalanan nak ke parking ..aku berimaginasi kejap..bile plak ada orang nak derma berkotak - kotak jus mate 5, jus tok guru dan sebagainya..

xxxxxxxxxxxxx

17 August 2010

kemiripan....

check yang ditunggu dah dapat..aku kene g bank secepat yang mungkin bagi memastikan aku punya akaun bank tak kelaparan duit..aku offkan jentera penghawa dingin kat belakang pakai control,amik kunci type R, wallet,henfon...masuk dalam poket..pakai kasut terus memulakan langkah..

"wey..nanti msg aku kalau kedai komputer bawah dah buka eh"..muncul suara dari penghuni meja ofis kanan sekali depan ruang tamu dekat dengan rak kasut..

"orite"..aku jawab ringkas tak pandang muka...aku turun tangga sambil nyanyi lagu ana raffali -tolong ingatkan aku....anak tangga aku pijak kemas tak tinggal satu pun..nafas aku kawal sehabis baik nak pastikan aku nampak steady lalu depan kedai komputer..

kedai komputer dah bukak..aku raba poket keluarkan henfon..dammmmnnn...aku pusing belakang naik tangga semula..sampai atas macam tak cukup nafas..aku jalan pantas ke meja ..

" kedai komputertu dah bukak" aku bersuara keras campur sikit mengah..sampai meja aku tengok henfon aku tersenyum atas meja..control aircond aku amik dari dalam poket letak jauh-jauh dari meja aku..
turun tangga semula nyanyi lagu nidji- dosakah aku dengan nafas tersangkut - sangkut...

xxxxxxxxxxxx

13 August 2010

akak hair stylist 2....

aku ni jadi orang suka wat plan pape hal pon..samada jadi or tak tu belakang cerita..rekod peribadi sekarang ni 50% jadi la..orang tua cakap sediakan payung sebelum hujan..ntah boleh pakai ntah tak..

aku plan nak potong rambut 1st week pose nanti..plan yang dah dirancang dari bulan rejab..last-last akhir syaaban belum mencecah ramadhan aku dah jenguk salon akak tu..rambut aku ni kadar perkembangannya tak dapat dipastikan..keadaan rambut yang kadang-kadang seperti jimmy neutron di pagi hari mase berdandan bertukar menjadi rambut edward cullen lepas bertarung ngan jacob black dalam twilight masa aku bukak helmet.



aku duduk kat sofa disediakan sambil baca buku ujang yang tersedia atas meja kayu yang dipenuhi majalah pasal artis tempatan..aku abaikan majalah-majalah tersebut..aku terpaksa tunggu giliran nak mencantas rambut sambil aku layan gelak baca majalah ujang tak toleh kiri kanan..kadang - kadang aku tenung gak akak tu gunting rambut customer..tiba-tiba aku terfikir ada baiknya aku repair rambut arini.

akak tu dah la badan sah-sah solid..pakai baju ketat ala- ala artis malaysia yang comel-comel tu..kalau tunduk boleh die belanja tunjuk die punya spentot..ni aku terpandang tau..sekali je aku tengok tak lebih-lebih..pastu kat leher bersusun love bite yang masih segar..aku dah terbayang scene-scene romantik dalam movie p.s i love u.


turn aku gunting die tak banyak soal macam biasa..maybe dia dah agak letih..aku bagi arahan ringkas je.. tak pulak die pengaruh aku soh aku wat style rambut si shahir af 8 tu..die senyap aku pn senyap la sambil mata pandang pape yang patut..siap je aku bayar dan  keluar.

kalau aku g salon tu bulan pose dah comfom la aku tak dapat pahala penuh kan aritu..contoh la kan aku g gnting rambut tengok akak tu bakai baju seksi 50% pahala aku ilang sebab agak lama la dalam salon tu..pastu 30% lagi ilang masa aku g bazar and tak sengaja mengumpat..so tinggal 20% je...tu belom ada tolak yang aku tak perasan terbuat bende tak baik..hmmm...tak berbaloi gile...

xxxxxxxxxxxxxxx

kat salon tu dah penuh ngn poster si shahir ..mana tah die buang poster lionardo dicaprio...

12 August 2010

uji iman..

aku plan nak  upload semalam.. tapi semalam tak keje kan..so kansel ar..
semalam 1st day puasa..aku nak  uji  orang yang beriman tipis setipis baju minah rempit..hik3..

korang agak makanan ni sedap tak?




aku rase setakat makanan kebaratan macam kek coklat indulgence ngan black forest ni tak menggoyahkan iman pun..







tapi ni makanan rakyat - rakyat bawahan yang cukup syok..aku dah beberapa kali try..still rase sedap yang teramat..makan mesti pejam- pejam mate kejap datang die punye nikmat..kuah pekat rasa die punye air udang manis - manis memang terliur beb...tak pedas sangat sesuai untuk seisi keluarga dari yang lahir sebelum merdeka hingga ke anak-anak kecil yang makan hanya disuap..ni namanya " mee bandung"..
ni tak same macam yang korang penah makan kat tempat lain..yang tak penah tau juadah ni pegi la bawak -bawak merasa...

xxxxxxxxxxxxx

aku just wat iklan je...tak dose kn..bukan aku ajak korang tak pose?haha

03 August 2010

ermm...ermmm..(berfikir)



lame gak kot tak update..tak tau sebab pe..mungkin aku pada fasa kebosanan sekang ni..
aku kene tinggalkan fasa ni segera..aku kene bertukar....

  1. tukar cara penulisan
  2. tukar cara berfikir
  3. tukar cara hidup
  4. tukar tabiat mencari ilham
  5. tukar lokasi mengupdate blog
  6. tukar kerja baru
  7. tukar tempat tidor
  8. tukar stail rambut baru
  9. tukar cara berjalan orang kaya
  10. tukar environment


    xxxxxxxxxxxxxxxxxx

     **awek tak  tukar..tak yah nak cuba-cuba ngurat ...hahaha..

    26 July 2010

    kata - kata jari 4


    aku menghargai
    kegagahan kamu merentas hari pagi
    meredah kesesakan duniawi
    demi meralisasi sebuah janji
    walau menggangu biologi diri
    kamu sampai di sini

    aku terharu
    kamu tak hirau kesakitan itu
    menyusuri laluan bersama ku
    berbahagia sedaya mampu
     tak putus senyum di bibir mu

    aku cuba
    mempelbagai agenda
    semoga hasilnya ceria
    walaupun ia tak seberapa
    harap kamu gembira

    ....

    22 July 2010

    selamat ulangtahun kelahiran sayang...




    kamu tunggu sape tu...?..haha..


    tunggu bufday sampai eh?
    dah sampai pun kn....

    " HAPPY BIRTHDAY "

    tahniah-tahniah anda semakin dewasa
    semoga....

    panjang umur
    murah rezeki
    hidup diberkati
    berjaya dalam hidup
    kesihatan dan keselamatan sepanjang masa
    sentiasa gembira dan ceria


    si cinta bagi awak video ni...



    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    dah dapat call percuma tu faham-faham je la..hak3.

    20 July 2010

    kata - kata jari 3


    cuaca mungkin pemusnah agenda
    hati semestinya akan berduka
    minda berputar mencari idea
    sabar mungkin perlu ada
    nekad penyelesai utama

    titisan air dari udara menjadi teman
    ingainkan perjalanan indah umpama taman
    minda tak henti berangan
    mengubat rindu berbulan
    yang menjanjikan kemesraan

    berjumpa
    bergembira
    bermesra
    bersama
    mahukan lebih banyak masa

    manisan mulut yang diimpi
    tak dapat ditunai
    sedikit kecewa menyelubung hati
    harap tertunai nanti
    mahukan lagi temujanji

     perpisahan dibenci jua
    mahukan terus bersama
    ya, terus bersama
    selamanya


    xxxxxxxxxxxxxxxxx

    16 July 2010

    impak...

    kampung aku di penuhi jarebu tak tentu pasal..payah jugak nak g keje camni..tahap penglihatan pada paras bahaya aku agak..mau bertembung kalau naek moto laju -laju tak hidupkan lampu..aku kene pelahankan moto sambil fokus 100%...aku membuat flasback samada ada kebun terbakar area kawasan kampung aku..aku givup.. teruskan perjalanan tak toleh kiri kanan..


    dalam 3 km smpai kawasan pekan.aku jumpa pak saad terkial- kial kayuh basikal..aku rasa sedikit pelik ..ada lagi basikal orang tue ni..hari tu dah beria - ria nak letak dalam muzium kat balai raya tu..kebiasaannya die dah macam velentino rossi naek vespa g minum kat kedai..kat kedai aji roslan tempat pak saad minum dah tersusun molek je basikal - basikal model 70an..aku agak ada perjumpaan basikal- basikal tua la..aku abaikan jugak kejadian tu..


    sampai kat pekan..orang kat balai raya dah kumpul-kumpul...bawak poster papetah..kaen rentang dah tersangkut sana sini..aku agak jap lagi ada rusuhan ni..kat tepi jalan aji johari ketua pembangkang kawasan aku dah pakai smart-smart bawak loud hailer kesana-kemari..aku serius malas campur hal politik pembangkang ni..aku ni jenis bebas..lantak korang ar nak berbalah ke apa..jangan ada pergaduhan kaum dah la..


    jalan depan lagi..lori pulak kumpul ramai-ramai depan stesen minyak..aku dah geleng kepala..kat depan stesen minyak pun boley nak wat perjumpaan persatuan lori daerah..stesen minyak tu dah pasang poster tutup..mogok kot...nasib baik aku dah isi mnyak semalam..tak yah la risau pasal minyak..


    aku teruskan perjalanan...aku gelak dalam hati.. kat kampung masing-masing dah stat masak guna kayu api sebab harga gas naik...yang pakcik-pakcik ni dah naik basikal sebab minyak moto mahal.. yang ketua pembangkang ni mesti nak mengahasut penduduk benci kerajaan..pemandu lori dah sah-sah nak mogok minyak naik harga..cuma aku harap kedai makan tempat aku lunch nanti  tak naikkan harga teh o ais limau.... 




    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


    harga baru setelah subsidi dikurangkan



    Petrol RON 95 - RM1.85 seliter

    Diesel - RM1.75 seliter.

    Gula - RM1.70 sekilogram.
    Gas LPG - RM1.85 sekilogram

    15 July 2010

    pemintaan..


    kadang- kadang aku fokus jugak mentelaah profail orang kat fesbook..satu per satu aku teliti..tgok perkembangan semasa kawan- kawan..ada yang happy, sedih, kusut,dan gaya nak berlagak pun ada..yang kejap happy kejap sedih pun ada..aku agak diorng ni ada masalah rumah tangga..ntah la masing-masing punye hal..

    tadi, si cinta yang baru umor 3 taun ni mintak aku suggest lagu tok die..die cakap nak karoke..aku dah berbelas kali cakap jangan g karoke kang kene kidnap..terus die wat muke ayu cakap nak karoke kat rumah je..haha...good-good.

    aku pilihkan lagu ni..pandai-pandai la camne ko nak melalak nanti....tapi lagu ni memang best..




    Lirik Chinta - Loque (Butterfingers)

    Kau hadir bila tiba waktunya...
    tidak diundang tak jua dipinta
    walau lari kau tetap datang jua
    keranamu chinta..tak mampu menahannya

    Aku terus mencuba terus lari dari chinta..
    kerana perit terasa sengsara tanpa kata
    kerana dusta...

    Chinta kau lulurkan hati ini
    membuatkan segalanya indah
    walau sesekali menjengah tiba oh cinta
    terasa bahagia..hanya menunggu saat dan tika.

    Aku akan terus melangkah walau tanpamu oh chinta...
    Aku yakin akan adanya setia ceritera yang tiada akhirnya..

    Chinta kau lulurkan hati ini
    membuatkan segalanya indah
    walau sesekali menjengah tiba oh cinta
    terasa bahagia..hanya menunggu saat dan tika.

    kerana...
    kerana...terasa bahagia...

    Chinta... abadi chinta
    chinta padaNYA
    chinta satu...
    chinta selamanya....

    Lirik Chinta - Loque (Butterfingers)

    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    aku harap si cinta ni tak pelat nak sebut nama die lepas nyanyi lagu ni

    13 July 2010

    happy birthday cinta....




    tahniah untuk kamu cinta, dah makin menebal juga akhirnya kamu kan..tiga tahun gak aku jaga kamu..nasib baik la kamu ni tak degil..senang sikit nak jage..takpe aku bele kamu bagi tebal lagi eh..

    ingat lagi masa kamu nak lahir dulu..susah jugak kamu nak jadi tau..tuan kamu ni pemalu..biase la orang muda malu tapi mahu..haha..asik nak usya je..tapi next step lambat sangat nak mula..





    sekarang kamu dah hidup dgn aku kan..aku harap aku boleh jaga kamu dengan baik..kalau kamu tak puas ati aku mintak maaf..aku tau kadang-kadang kamu jeles tgok orang layan cinta die dengan kemewahan..tapi aku tak boleh la camtu..aku tak nak kamu hayut dalam dunia kemewahan..ingat kamu tu baru tiga taun..nak sekolah tadika pun tak lepas lagi..jangan ngada-ngada nak g karoke la pe la...aku try didik kamu elok -elok ..kamu jangan wat perangai eh..kang aku tempeleng laju- laju..

    pesanan terakhir aku......



    xxxxxxxxxxxxxxxxxxx






    10 July 2010

    susuk 3...

    aku masuk langkah pelahan - pelahan...muke tak pandang akak kat meje...aku tau akak tu dah stat tenung aku laen macam..

    " dah ciap kak..? brepe ek?.." aku cakap sambil pandang barang- barang dalam almari sebelah pintu.

    " ape kakak plak, kite kan sebaye...hik3...Rm 20 je..saye bagi diskaun"..suara gedik mula terbit dari mulut pempuan tu..lantak la same kau nk sebaye ke apa.aku malas merespon tindakan menggediknya..aku kuarkan duit secepat yang mungkin dan trus pusing menghadap almari..aku melihat tindakan pempuan tadi dari cermin almari..die melakukan sesuatu kat atas laptop aku..

    " ish pe jadah pempuan ni toreh laptop aku..klu nk miang pn jangan la  cakar- cakar kat situ.. "aku berbisik dalam hati...aku semakain tak selesa.. aku hulur tangan kebelakang tok capai laptop atas meje untuk mengelak memandang muka pempuan tu....dapat je aku trus memulakan langkah..

    " ey awak!..duit ni "...aku yang bukan pada keadaan berjaga- jaga terus memandang ke arah pempuan tu mengenangkan perkataan duit tanpa berfikir sejenak....agrh!..die wat muke comel plak




    aku tertipu sebenarnya, tektik mengunakan perkataan duit telah menyebabkan aku pandang pempuan tu jugak..die nak aku call die...bile aku tgok kat laptop aku tadi..



    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    no fon aku takleh pamer kat sini..aku rase die guna teknik cam dalam iklan tu..haha..tp awek tu boleh tahan gak la comel..hik3..
    sape nak nombor die..msg aku dalam fesbok..nnt aku bagi..

    09 July 2010

    susuk 2...

    aku giveup...laptop aku ni ad masalah dalaman kot...nak bagi susuk kuat pn tak mau..10 kali pujuk  baik - baik tak jalan..14 kali pujuk ngan carutan pon tak jalan jgak.."degil.." aku kuarkan sedikit suara marah aku...ofismate mula tercengang- cengang.. kene g kedai komputer jgak nak repair sikit..aku kemas lebeh kurang ,jalan berlenggang, laptop kepit kat ketiak, cd aku pegang dengan bibir....turun tangga tak bermaya dengan mengeluarkan muzik selipar..dalam kepala tgah fikir teknik - teknik tak nak kene ngurat...sampai..

    "saya nak repair ni kak..masukkan susuk sekali ni eh..?.." jelas aku pantas ngan senyuman manis - manis buah...aku bantai je panggil akak sebab tak tau umor berape..

    akak tu diam..tenung semacam....

    " erk..ad antu kat belakang ke kak? " aku wat muka cuak sikit..

    " eh.. xde la..isi borang eh..."akak td menyahut ringkas setelah mengelamun seketika..senyum die dh nak capai telinga...aku dh  tak sedap ati..

    " siap...petang nnt saya amik "..aku pulang pen,cakap tak pandang muka die..trus jalan kuar dari kedai..

    " ey..ey.. nanti la dulu.." terdengar suara akak tadi mula nak ngurat aku..
    ..........................
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...