Showing posts with label mesra-mesra.... Show all posts
Showing posts with label mesra-mesra.... Show all posts

27 May 2012

haha..diam - diam  dah hampir sebulan aku kat sini..petang tadi  tiba- tiba aku teringat kat belaan aku kat kampung..ntah gemuk ntah makin kurus..aku suruh adik aku tolong jagakan..aku harap die jaga sambil bagi binatang tu makan la..sebelum datang sini dalam aquarium tu ada 20 ekor hidupan terdiri dari sekor ikan oskar, sekor udang sepit biru dan selebihnya anak ikan untuk makanan si oskar tu..balik nanti aku harap yg 2 ekor tu still wujud..aku ni memang suke membela..kat sini aku tolong bela binatang member aku..4 ekor sugar glider..2 ekor gemuk..2 ekor kurus..yg kurus ni makan kene suap..mengada betul..haha..tu aku tolong belakan jela..tapi, sebelum datang sini..aku ada janji dengan satu keluarga..diorang ada pesan kat aku suruh tolong jaga anak diorang..haha..aku ni dengan binatang pun sayang apatah lagi anak orang..so, aku harap aku boleh bagi sepenuhnya kasih sayang kat anak orang ni..biar die gemuk dengan kasih sayang..baru aku puas hati..hahahah

23 July 2011

selamat ulangtahun kelahiran sayang


tiba sudah hari dinanti
satu lagi tangga umur kamu titi
ucapan ini ikhlas dari hati
dari diri ini yang kamu kasihi


" happy birthday to you  "


aku bermohon pada tuhan
berikanlah kamu keberkatan
setiap apa  jua yang kamu lakukan 
agar kamu sentiasa mendapat perlindungan

aku bermohon pada tuhan
agar kamu sentiasa dalam keceriaan
mengharungi dugaan dengan ketabahan
mencapai kejayaan dalam setiap yang kamu impikan

aku bermohon pada tuhan
supaya kamu kekal dalam iman
tidak leka dengan kenikmatan
bersyukur dengan apa yang telah diberikan

tuhan ku
aku bermohon padamu
capaikanlah impian kami yang satu
untuk hidup bersama hingga akhir waktu


malam ini by bo amir iqram

14 July 2011

ulang tahun cinta...


empat tahun yang lalu
hati lelaki ini normal sahaja
hanya berasa biasa melihat wanita
tak terdetik lagi memiliki wanita
mungkin belum tiba masanya

empat tahun yang lalu
lelaki ini ingin berubah
cuba mengharap dambaan dari wanita
mencari yang sedap dipandang mata
dapat tapi sudah berpunya

empat tahun yang lalu
wanita ini seperti ada ikatan kimia
muncul secara tak sengaja
mecuit hati lelaki ini
dan berjanji untuk bersatu hati

empat tahun yang lalu
mula berlajar menjaga hati
mengenal perkataan cinta sejati
menyemai sifat kejujuran diri
merungkai segala erti tanggung jawab

baberapa saat yang lalu
empat tahun sudah terbit cinta
antara lelaki ini dan wanita
semoga berkekalan akhirnya
dirahmati tuhan setiap masa

xxxxxxxxxxx





19 June 2011

happy father's days....

hari untuk penyumbang gen Y adalah hari ini
hari untuk bapa,ayah,abah, babah,abie,daddy,father and so on
aku wish father's day secara rasminya dalam blog ni je
sebab ayah aku ,aku anggap hari bapa baginya adalah setiap hari
tak perlu just hari ni je nak wish
aku harap bekal yang aku berikan hari - hari sampai padanya dan die tenang di sana

taun depan baru aku akan wish kat abang aku
so taun depan gak aku perlu di wish sebagai bapa di hari bapa



maksud aku sebagai bapa sedara..kah3

xxxxxxxxxxxxx

harap - harap taun depan dapat wish kat bapa mertua...hik3

03 May 2011

kata - kata jari 11


pesanan ringkas diterima
kejutan yang sengaja direka
lantas hati kian berbunga
menitip menanti hari tiba

otak geliga ligat merencana
cuba menghasil satu agenda
menyembuh demam asmara

tiba hari dinanti
bidadari sedia bersua hati
melakar senyuman sehari
berkali berlaga pipi



pemilik bidadari yang dihormati
terima kasih atas peluang diberi
hati benar - benar menghargai
terima kasih sekali lagi


"Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya"

............................
hujan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

04 February 2011

kata - kata jari 8

hati berbunga-bunga
tatkala ada musibah menimpa
mencuci duka seketika
mendamping si mesra

xxxxxxxxxx

29 January 2011

masyarakat taman-taman..

aku join program NGO bersama rakyat..buat kat taman yang agak semakin nak maju.. taman orang - orang UMNO..keh3..aku dengan ofismate sampai - sampai terus diajak makan pagi.. rezeki langkah kanan..padahal aku tak buat keje pape lagi..kitorang dilayan oleh seorang akak..aku nak panggil makcik macam tak elok pulak sebab still muda lagi..anggaran umor dalam anak sulung die sebaya dengan aku..haha..ni aku agak je la..kitorang makan dengan berbual - bual..

...........................

akak: kamu semua ni satu ofis ke?

ofismate: aah.

aku: (angguk kepala)..

akak: yang angguk kepala ni awak umor berapa? muda lagi akak tengok..

aku:(senyum) mane ada muda kak..dah berumor ni..dah wajib kawin pon..(gelak)..

akak: (muka cemas)..larh...yeke..anak pempuan akak kat rumah tu pun umor baru awal 20an..boleh kot jadi calon..

ofismate:( berhenti menguyah)...

aku: (minum sampai abis)...kak , ketua kampung sapa nama?

xxxxxxxxxxxxxxx

mak-mak zaman sekarang pantang nampak calon yang sesuai...hahaha..


07 September 2010

penyampai mohor..(edisi raya)




aku sebagai penyampai mohor blog ni nak cakap sikit la sepena nak raya tak lama lagi..

kepada umat islam, aku mengucapkan semoga mendapat keberkatan ramadhan yang hampir kat penghujung ni..ada beberapa ari lagi nak terawikh..bawak - bawak la ke masjid atau surau berdekatan..moreh banyak lebih..tak de orang nak makan..kepada pak imam dan  bilal yang mengimarahkan masjid..taun depan kekalkan reputasi anda..tak payah cari surah lagi pendek untuk taun depan..kepada yang belum bayar zakat fitrah tu..sila-sila la lengkapkan rukun islam yang ke - 4..kalau tak bayar nanti tak dikira tau pahala pose ni..( aku dengar dalam khutbah jumaat lepas..)

kepada geng sekalian..soalan pertama aku...korng tak cukup pose kn? jujur la wey..hak3..orite-orite..kalau yang dah berubah tu bagus-bagus..tapi yang pempuan macam the croc bulu-bulu girl  and the tiny girl..try-try la cukupkan pose..tengok the bread maker tu..die puasa penuh taun ni..tak caya?..tanye die sendiri..hahaha

kepada yang teruja-ruja raye taun ni iaitu yang telah berkerjaya..dengar kabar angin duit gaji melimpah ruah..hak3..jangan lupa nak bazirkan sikit untuk aku ye..aku takde hal kalau nak ajak membazir sekejap..jangan nak tipu aku cakap korang gune wet tu wat derma la, bayar zakat untuk bobo la,dah abis belanje nurse la, beli ipad la, bikin moto la ,dan macam - macam lagi..aku  tak nak dengar tu semua..tapi kalau bagi alasan simpan wet nak tunang aku terima..hahahaha..

kepada yang stadi lagi..cepat-cepat la abiskan stadi..tak yah la nak extend untuk beberapa taun akan datang...tapi korang masti syok dapat cuti raye lame sikit..boleh la nak jeles-jeleskan kat dak yang keje..hik3..

okey-okey..aku dengar ada yang dah sampai kampung tengah sebuk wat kuih raya..the croc bulu-bulu girl mane janji-janji manis mu?..yang masih keje ari rabu..sabar- sabar..raya mesti ari jumaat punye..nanti nak balek kampung kalau naek moto ati- ati..untuk the contaraktor, macam mane ada awek baru tak kat subang?..untuk the garden heart, aku nak dua kotak bateri panosonic k...untuk the bad man, agak-agak balik kampung bawak cps putih tak?..untuk the tiny girl, raya taun lepas shida tunang, pe kate taun ni ko plak?..untuk the three phase,mintak enginer-enginer belanje eh..

kepada sir yusof...kalau buat open hause contact kitorang la ye..kitorang belum mampu nak buat open house sendiri..hak3..kepada yang laen,kalau ada wat program beraya bagi tau la eh..boleh g sama-sama..

ni lisa surihani ada sikit ucapan untuk korang..tak yah tanye mne aku dapat, ad no fon tak...no! no! no! ta yah nak gatak-gatal k..



lisa surihani belajar menari,
cuba menari tarian zapin,
selamat hari raya aidilfitri,
mintak maaf zahir batin..


xxxxxxxxxxxxxxxx

di sini aku memohon ampun dan maaf sekiranya aku ada terbuat silap di dalam blog ni yang mungkin menggguris ati sesetengah pihak..
aku cuti berbloging untuk beberapa hari..

22 July 2010

selamat ulangtahun kelahiran sayang...




kamu tunggu sape tu...?..haha..


tunggu bufday sampai eh?
dah sampai pun kn....

" HAPPY BIRTHDAY "

tahniah-tahniah anda semakin dewasa
semoga....

panjang umur
murah rezeki
hidup diberkati
berjaya dalam hidup
kesihatan dan keselamatan sepanjang masa
sentiasa gembira dan ceria


si cinta bagi awak video ni...



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

dah dapat call percuma tu faham-faham je la..hak3.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...