26 May 2010

akak hair stylist....

aku pandu kete pantas - pantas ... aku tak tekan nitrous oxide systems sebab takut terlepas simpang nanti..lagi satu banyak ayam tepi jalan zaman sekarang ni.terlanggar kang tak pasal berdose....aku tak tau la mb ayam ni tengok berita kat tivi pasal " ayam" jual body kat lorong -lorong gelap..so ayam - ayam kampung  jual body kat jalan raye plak...dengan berbekalkan pengalaman dan kecekapan sedia ada aku sampai ke destinasi..

aku nak g repair mahkota kepala aku..aku rasa dah tak ley nak mengekalkan bentuknya supaya tersisir rapi..
" kak.. potong rambut saye cantik - cantik, buang mane yang tak patut, yang tebal ni  akak tipiskan, yang gulung - gulung akak buang, belakang ni pendekkan sikit.." jelas aku dengan penuh terperinci..aku tak nak akak ni tersalah repair rambut aku.kang malu aku tak memasal..aku tau sekarang ni musim piala dunia..mane la tau akak ni dah banyak repair rambut customer wat stail "penan" yang ronaldo wat mse piala dunia dulu...akak tu menganguk faham..aku pandang ke dinding..poster pemain bola sepak terkemuka dunia tertampal kemas  termasuk si " penan" ronaldo...risau aku meningkat...

" kak.. kak..potong kemas - kemas tau.. macam artis holiwod tu..saye kne jage kredibiliti sebagai seorang remaja berwawasan..." aku menambah lagi bagi memastikan akak tu wat keje ngan teliti..akak tu melakukan tanggugjwabnya dengan penuh berdidikasi...setiap teknik potongan aku perhatikan bagi mengelakkan kesilapan..

xxxxxxx

" dik...nape adik tak wat rambut mamat dalam majalah ni..ensem la " tibe - tiba akak tadi bersuara sambil menghulur senaskah majalah hiburan selepas aku mengibas -ngibas rambut kat baju aku.. terpampang wajah si shahir af 8 kat muka hadapan...akak tadi tersenyum lebar memandang aku..."kak.. leonardo dicaprio dengan mamat  ni mane lg ensem ?" aku bertanyakan soalan ringkas dengan pantas dan tegas..." eh..mesti la leonardo dicaprio...haha" akak tadi menjawab sambil tergelak kecil..." haha..sebab tu saya buat style artis holiwod.." aku menjawab sambil mengambil duit baki dan mencampak majalah tersebut ke dalam tong sampah sebelah meja...aku berjalan ala artis holiwod keluar dari kedai....akak tadi tersipu -sipu malu.......



xxxxxxxxxxxxxxxxx


aku tau akak ni peminat si leonardo sebab  kat pintu kedai banyak tampal poster die...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...