Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

02 June 2012

terlebih dahulu , aku nak mintak maaf kat cik tunang aku..betul - betul maaf dari dalam hati....aku tau memang silap aku..tapi.... aku nak terangkan kat sini...aku akan jadi ganas, pemarah, panas baran,mulut celupar, tak ada adab dan sebagainya bila dalam kereta je..bila aku tengah drive tapi ada makhluk yang bodoh drive tak ada etika..diorang  ni punca aku jadi macamtu..aku harap cik tunang aku boleh faham...so jangan takot sangat okey..haha....tapi mase aku drive tadi, masa aku tegah marah -marah..aku ada buat keputusan..kereta idaman aku mase tu adalah Hummer.. sebab aku boleh langgar diorang sesuka hati..kah3..hahahahaha

31 May 2012

esok buat pertama kalinya aku balik kampung..kah3..agak teruja tapi malas betul nak mengharungi jem..aku dah siapkan persediaan mental dan emosi tak mau maki - maki dalam kereta...kalau kene maki jugak..maksudnya salah pemandu laen la..hahaha..takpe la tu semua esok punye cerita..asal aku selamat sampai alhamdullilah... dan esok jugak la buat pertama kalinya aku berjauhan dengan cik tunang aku semenjak kami bertunang..huuuu..rindu...hak3..

27 May 2012

haha..diam - diam  dah hampir sebulan aku kat sini..petang tadi  tiba- tiba aku teringat kat belaan aku kat kampung..ntah gemuk ntah makin kurus..aku suruh adik aku tolong jagakan..aku harap die jaga sambil bagi binatang tu makan la..sebelum datang sini dalam aquarium tu ada 20 ekor hidupan terdiri dari sekor ikan oskar, sekor udang sepit biru dan selebihnya anak ikan untuk makanan si oskar tu..balik nanti aku harap yg 2 ekor tu still wujud..aku ni memang suke membela..kat sini aku tolong bela binatang member aku..4 ekor sugar glider..2 ekor gemuk..2 ekor kurus..yg kurus ni makan kene suap..mengada betul..haha..tu aku tolong belakan jela..tapi, sebelum datang sini..aku ada janji dengan satu keluarga..diorang ada pesan kat aku suruh tolong jaga anak diorang..haha..aku ni dengan binatang pun sayang apatah lagi anak orang..so, aku harap aku boleh bagi sepenuhnya kasih sayang kat anak orang ni..biar die gemuk dengan kasih sayang..baru aku puas hati..hahahah

22 May 2012

2 minggu kat tempat baru..aku dah dapat kembali ke arena futsal..hahaha..betul aku puas hati..2 tahun lebih aku tak berlari, tackle ,sliding , dan jaringkan gol.. cuti bermain selama 2 tahun aku rasa cukup nak hilangkan trauma..tapi, dalam kepuasan mesti ada yang sebaliknye..kah3...nak buat camne kan..ofcoz la kaki sakit sampai nak jalan pun payah..naik tangga macam perempuan mengandung..perlahan - perlahan..hahaha..

21 May 2012

dah setahun lebih aku tak menulis secara tegar..si die dah tegur berapa kali.." dulu cakap environment tak best, takde idea nak tulis..ni dah duduk shah alam boleh la sambung tulis...."..aku hanya tersenyum sambil menganguk menunjukkan dah datang minat nak menulis... aku harap dapat tulis hari-hari..tapi perkara penting aku nak sampaikan kat sini..aku nak cakap.." aku sayang tunang aku..." kah3..

21 August 2011

ntah kenape..

aku ni dah besar panjang tak reti langsung nak main alat musik..ntah kenape..aku dari dulu tak terdetik langsung nak berjinak -jinak dengan bermain alat musik..sekarang ni pulak teringin nak master main salah satu alat musik..ape boleh buat..?

ni sumua bukan sebab bo amir iqram dan najwa latif.. tapi sebab geng ni....

19 August 2011

diari ramadhan

waktu : 3.00 p.m.
lokasi : proton servis centre
tujuan : persediaan untuk raye..kah3
aktiviti : duduk melangut tunggu turn sambil layan drama latin kat tv3
konklusi : banyak hilang pahala puasa..

                                                     google

23 July 2011

selamat ulangtahun kelahiran sayang


tiba sudah hari dinanti
satu lagi tangga umur kamu titi
ucapan ini ikhlas dari hati
dari diri ini yang kamu kasihi


" happy birthday to you  "


aku bermohon pada tuhan
berikanlah kamu keberkatan
setiap apa  jua yang kamu lakukan 
agar kamu sentiasa mendapat perlindungan

aku bermohon pada tuhan
agar kamu sentiasa dalam keceriaan
mengharungi dugaan dengan ketabahan
mencapai kejayaan dalam setiap yang kamu impikan

aku bermohon pada tuhan
supaya kamu kekal dalam iman
tidak leka dengan kenikmatan
bersyukur dengan apa yang telah diberikan

tuhan ku
aku bermohon padamu
capaikanlah impian kami yang satu
untuk hidup bersama hingga akhir waktu


malam ini by bo amir iqram

14 July 2011

ulang tahun cinta...


empat tahun yang lalu
hati lelaki ini normal sahaja
hanya berasa biasa melihat wanita
tak terdetik lagi memiliki wanita
mungkin belum tiba masanya

empat tahun yang lalu
lelaki ini ingin berubah
cuba mengharap dambaan dari wanita
mencari yang sedap dipandang mata
dapat tapi sudah berpunya

empat tahun yang lalu
wanita ini seperti ada ikatan kimia
muncul secara tak sengaja
mecuit hati lelaki ini
dan berjanji untuk bersatu hati

empat tahun yang lalu
mula berlajar menjaga hati
mengenal perkataan cinta sejati
menyemai sifat kejujuran diri
merungkai segala erti tanggung jawab

baberapa saat yang lalu
empat tahun sudah terbit cinta
antara lelaki ini dan wanita
semoga berkekalan akhirnya
dirahmati tuhan setiap masa

xxxxxxxxxxx





19 June 2011

happy father's days....

hari untuk penyumbang gen Y adalah hari ini
hari untuk bapa,ayah,abah, babah,abie,daddy,father and so on
aku wish father's day secara rasminya dalam blog ni je
sebab ayah aku ,aku anggap hari bapa baginya adalah setiap hari
tak perlu just hari ni je nak wish
aku harap bekal yang aku berikan hari - hari sampai padanya dan die tenang di sana

taun depan baru aku akan wish kat abang aku
so taun depan gak aku perlu di wish sebagai bapa di hari bapa



maksud aku sebagai bapa sedara..kah3

xxxxxxxxxxxxx

harap - harap taun depan dapat wish kat bapa mertua...hik3

17 June 2011

punca...

aku sekarang cuba nak aktifkan balik penulisan aku.
nak tulis ape aje yang ada dalam kepala.
kadang - kadang nak tulis yang kat depan mata
yang jauh dimata dekat dihati aku tulis pasal die kadang-kadang jugak..kah3
biasenye aku tulis lepas aku bace blog orang
blog orang ni jadi sumber idea jugak

okey.. tadi aku nak tulis
tapi line internet lost tetibe
aku jadi marah la kan
call 100  pastu tuturkan beberapa ayat makian tahap sederhana
aku puas hati
tapi aku dh ilang mood nak menulis..

xxxxxxxxxxxx

aku konfius ni...dlam blog ni kite menulis atau menaip?..

03 May 2011

kata - kata jari 11


pesanan ringkas diterima
kejutan yang sengaja direka
lantas hati kian berbunga
menitip menanti hari tiba

otak geliga ligat merencana
cuba menghasil satu agenda
menyembuh demam asmara

tiba hari dinanti
bidadari sedia bersua hati
melakar senyuman sehari
berkali berlaga pipi



pemilik bidadari yang dihormati
terima kasih atas peluang diberi
hati benar - benar menghargai
terima kasih sekali lagi


"Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya"

............................
hujan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

18 April 2011

akak hair stylist 3....

Diandra Arjunaidi
(google)


aku tak ingat bile last sekali aku gunting rambut..tapi bile hati aku dah start gelisah je kalau ada  awek lalu sebelah..ni mesti ada kaitan dengan rambut aku..so aku kene potong rambut aku jugak...

...............................

aku : kak, repair rambut saye ni, akak potong la bagi kemas sikit...awek - awek dah tak jeling saye la.. risau pulak rase...

akak tu : haha..risau eh..rambut adik kan dah elok ni..ni kurang sikat ni..sikat gune jari je ni kan?

aku : aah kak..( aku anguk-anguk tanda setuju sambil senyum kat pekerja akak tu kat kerusi sebelah)

akak tu : rambut adik ni dah macam rambut cikgu saif la....(sambil sikat rambut aku belah tepi)

aku : cikgu saif sape  pulak ni kak? (aku terlambat pickup, on the spot aku flashback nama - nama cikgu aku kat sekolah dulu)

akak tu : kamu ni tak tgk tv ke? cite gemilang...

aku : owhhh..hahaha..tgok la kak..yg ada Tiz Zakiah tu kan?

akak tu : aah..(angguk 2 kali)..nak akak wat macam rambut cikgu saif tak?

aku : tak pe la kak.. saya tak nak jadi cikgu... saya nak jadi ahli politik..nak ganti muhyidin..( buat muka serius)

akak tu : ( tarik muka, gunting rambut ganas - ganas)

aku : awwww..sakit kak...

xxxxxxxxxxxxxxx

setiap kali aku g gunting rambut..mesti poster kat pintu kedai dah tukar..sekarang Shahz Jaszle dah conquer dua - dua belah daun pintu..

25 March 2011

amaran....

aku dapat SMS ni..aku baca..terus geleng kepala..berapa kali aku tak pasti..korang baca la sendiri..



tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, dan 11/11/11. bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan ditambah dengan umur kita pada tahun ini, keputusannya ialah 111 buat semua orang. ini ialah tahun kekayaan!! pada bulan Oktober akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin dan 5 kali hari sabtu. ini akan terjadi sekali setiap 823 tahun.tahun seperti ini dikenali sebagai tahun " beg kekayaan ", bermaksud jika kita menghantar SMS ini kepada 8 kawan, kekayaan akan muncul pada hari ke 4 seperti yang dinyatakan dalam fengshui cina, sesiapa yang tidak menghantar SMS ini tidak akan mendapat apa-apa. ia adalah misteri tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba. semoga berjaya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

jangan mengada-ngada g anta SMS ni.. faking hell...syirik dowh...

20 March 2011

selamat ulangtahun kewujudan..

sebenarnya aku nak post entry ni semalam..tapi tak sempat plak.so arini aku sempatkan jugak.

sempena  hari wujud blog ni setahun, aku takde nak wat suprise sgt.just aku nak kuarkan balik header-header yang aku dah penah buat untuk blog ni selama setahun...








aku rase ada beberapa lg header yang dah ilang..so ni je la yang tinggal..hahaha

okey..aku nak bagi bangga sikit kat pemilik blog ni . sebab die yang ajar aku pasal berbloging. tak banyak mane pun die ajar sebenarnya..keh3.tapi ada la sikit-sikit  ilmu berharga die bagi..pastu kat blog ni jugak. aku baca blog ni.than, minat aku datang,dapat pulak buku ni...so aku dapat gak la ilham tok menulis sebelum-sebelum ni..hahaha

aku akui yang aku dah tak tulis macam dulu lg.aku dah kering idea ..maybe sbb persekitaran yang tak berapa produktif..so aku harap aku dapat tulis lg..tak pun tutup atau biar blog ni camni je...

xxxxxxxxxxxx



07 March 2011

kaundaon...

ahaaa..nanti 19 hb korang akan tau jugak...

xxxxxxxxxxx

14 February 2011

wajib...

walaupun takde secebis  idea yang terselit di celah neuron - neuron otak aku ni ...aku kena jugak wat satu entry ari ini sebab....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

arini bufday aku..kah3..

xxxxxxxxxxxxxxx

aku tak mengharapkan hadiah yang memahal..
cume kalau boleh penuhkan akaun maybank aku pun dah cukup memadai..hahahah

10 February 2011

100...

ni entry aku yang ke -100..sbb tu aku letak tajuk die tu..keh3.
sebenarnya aku nak cerita yang takde kaitan langsung dengan angka,algebra, konsonan,statistik dan sebagainya...

memandangkan ekonomi negara tak berapa stabil kebelakangan ini...aku punya kewangan peribadi pun agak tergugat.. kebanyakan wang aku teralir ke lembah hutang dan pinjaman..macam cilake.
oleh itu banyak penjimatan yang aku lakukan dari beberapa tahun lepas hingga hari ini.
  1. banyak minum air mineral bekal dari rumah. yela, beli penapis memahal. kene la gunakan.walaupun rasenya dah kene tipu dengan penjual penapis air..
  2. duduk kat dengan tingkap ofis. kalau brader parking datang baru aku guris kupon...membazir wey ..kalau 1 kupon 60 sen..buat ape aku nak guris banyak-banyak.2 keping kupon dah same harga secawan teh tarik..
  3. aku banyak menunggang honda type R aku untuk bekerja.kat situ banyak penjimatan aku boleh buat.jimat  masa,minyak dan jimat tenaga nak tengok cermin pandang belakang. ala setakat itam sikit ape ada hal..dah memang kulit hitam manis sawo matang.awek stil pandang la.
  4. kalau drive kete.. tak on econ..jimat cikit minyak. tak panas la sbb aku bawak kete time hujan je..lagi 1,setakat berpanas dalam kete..takde la sun burn cam tengok game bola tampar pantai..
  5. pasal alatan perapi diri ..aku tak reti nak jimat camne. ubat gigi pun makin mahal ni..tak mungkin la aku nak kurangkan kadar menggosok gigi...aku punya gel rambut pun after less stil mahal..nak gune gel murah tak boleh..terpakse la aku guna strategi laen..aku potong rambut jimmy neutron aku arini sbb nak jimat gel...
xxxxxxxxxxxxx

kalau aku buat buku teknik penjimatan berbaloi gak ni..

04 February 2011

kata - kata jari 8

hati berbunga-bunga
tatkala ada musibah menimpa
mencuci duka seketika
mendamping si mesra

xxxxxxxxxx

01 February 2011

jeritan awal bulan 2...

semalam aku balek keje terjumpa couple gaduh pasal rumah tangga kat dalam kete. park kete sebelah aku.ofcoz la aku dengar segala perbualan diorang.aku nak gelak tak sampai ati. nak senyum pun cam tak kene.aku cume pegang pipi aku je. sebab pempuan tu asik lempang pakwe die..aku terasa sakitnye..hik3

okey..arini aku menerima tamparan hebat..hahaha..

xxxxxxxxxxxxxxxxx

ni mb entry last aku dari ofis...keh3..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...