19 November 2010

**entry berbayar : 2 alam yang kelam.....


sinopsis 2 alam drpd dr. rozmey kat sini


ni sinopsis dari aku plak..

penonton tak tau pun yang bapa si adam tu seorang pelakon bangsawan..die hanya seorang lelaki berumur duduk di kerusi roda yang tak banyak cakap..ada sikit flashback pasal si adam ni hebat mengaji..dan guru mengaji die adalah hairie othman..kah3..

penonton tak tau pon yang adam ni penah duduk london, berkahwin dengan jejaka inggeris, tukar jantina dan sebagai pelakon pentas.. penonton cuma akan tau die study kat landon..tu pon selepas si andrea abdullah berbual - bual secara tak natural skripnya dengan mak adam iaitu rosnah johari..segala kepopularan dan "aura london" tak langsung dipaparkan bagi mengukuh jalan cerita.

kewujudan teman lelaki adam yang pastinya penonton tertanya-tanya pasal kepopularannya sebagai "bintang pop".. hanya boleh harapkan ketampanan tanpa bakat berlakon..cuma dipaparkan die sebagai lelaki play boy dan kuat sex..haha. adegan merogol yang yang tak menerbitkan rasa kesian langsung sebab 3 orang watak perogol adalah seorang bodoh,lurus dan menjadikan scene tu kelakar..

perjalanan untuk mengkebumikan jenazah ternyata mencabar seperti yang biasa dipaparkan dalam cerita indon slot " taubat" di tv3..sangat biasa dan kurang pengolahan yang benar - benar dapat mecetuskan rasa keinsafan.. banyak persoalan timbul sebab jalan cerita yang tah apa-apa diselitkan bagi memanjangkan waktu tayangan

ni antara komen drpd blogger laen
ohbulan.com
tontonfilem.blogspot.com

pasal jalan cerita, aku rase agak mendatar takde unsur suspen melainkan hanya terkejut..klimaks tak dapat dikenalpasti kat mana.. 60% jalan cerita adegan kegersangan,peluk-peluk, mandi, sewaktu denganya..25% adegan menagis  adam/amy dan ibu adam.. 15% adegan laen -laen seperti kesusahan membawa jenazah dan adegan merogol.

kehadiran faizal husin tak mengahsilkan sesuatu yang menarik sebab die hanya muncul pada awal - awal cerita.. lakonan mudah daripada beliau kerana tak perlu menghafal skrip yang panjang..aaron aziz sebagai peneraju utama yang terkongkong wataknya..menjadi seorang ustaz yang terlampau skema percakapannya.tak mengambarkan seorang ustaz tetapi seperti seorang budak sekolah aliran agama.
suhaillah salam adalah seorang yang layak belakon dalam filem lucah..mempunyai tubuh yang betul- betul sengaja dipamerkan untuk tatapan umum sepanjang tanyangan..lakonannya menarik kerana keseksian dan pandai buat memek muka hodoh semasa menagis teresak-esak..kesian kat yank kasim sebab sepatutnya die yang memegang watak perogol bukan seorang berserban yang hanya muncul sekejap sahaja. royadi johari adalah bakat baru yang kayu..watak mudah yang hanya perlu memaparkan susuk tubuh dengan boxer yang sama setiap adegan ranjang.


filem ini mempunyai konflik agama yang agak berat.. memerlukan ilmu agama untuk memahami seperti:

  1. memandikan jenazah yang telah bertukar jantina
  2. jenazah yang telah murtad
  3. pengebumian di luar kawasan tanah perkuburan


xxxxxxxxxxxxx


 ni semua hanya pandangan dari aku, maybe ada yang aku tak tulis..nanati aku update

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...