03 May 2011

kata - kata jari 11


pesanan ringkas diterima
kejutan yang sengaja direka
lantas hati kian berbunga
menitip menanti hari tiba

otak geliga ligat merencana
cuba menghasil satu agenda
menyembuh demam asmara

tiba hari dinanti
bidadari sedia bersua hati
melakar senyuman sehari
berkali berlaga pipi



pemilik bidadari yang dihormati
terima kasih atas peluang diberi
hati benar - benar menghargai
terima kasih sekali lagi


"Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya"

............................
hujan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

18 April 2011

akak hair stylist 3....

Diandra Arjunaidi
(google)


aku tak ingat bile last sekali aku gunting rambut..tapi bile hati aku dah start gelisah je kalau ada  awek lalu sebelah..ni mesti ada kaitan dengan rambut aku..so aku kene potong rambut aku jugak...

...............................

aku : kak, repair rambut saye ni, akak potong la bagi kemas sikit...awek - awek dah tak jeling saye la.. risau pulak rase...

akak tu : haha..risau eh..rambut adik kan dah elok ni..ni kurang sikat ni..sikat gune jari je ni kan?

aku : aah kak..( aku anguk-anguk tanda setuju sambil senyum kat pekerja akak tu kat kerusi sebelah)

akak tu : rambut adik ni dah macam rambut cikgu saif la....(sambil sikat rambut aku belah tepi)

aku : cikgu saif sape  pulak ni kak? (aku terlambat pickup, on the spot aku flashback nama - nama cikgu aku kat sekolah dulu)

akak tu : kamu ni tak tgk tv ke? cite gemilang...

aku : owhhh..hahaha..tgok la kak..yg ada Tiz Zakiah tu kan?

akak tu : aah..(angguk 2 kali)..nak akak wat macam rambut cikgu saif tak?

aku : tak pe la kak.. saya tak nak jadi cikgu... saya nak jadi ahli politik..nak ganti muhyidin..( buat muka serius)

akak tu : ( tarik muka, gunting rambut ganas - ganas)

aku : awwww..sakit kak...

xxxxxxxxxxxxxxx

setiap kali aku g gunting rambut..mesti poster kat pintu kedai dah tukar..sekarang Shahz Jaszle dah conquer dua - dua belah daun pintu..

01 April 2011

kata - kata jari 10

janji
setengah dekad untuk dikecapi

 pasti
entahkan  tertunai nanti

diri
mengharap pertolongan Ilahi

kaki
langkah semakin diperhati

hati
galak merangsang respirasi

sangsi
dengan saat yang berlalu ini

xxxxxxxx

25 March 2011

amaran....

aku dapat SMS ni..aku baca..terus geleng kepala..berapa kali aku tak pasti..korang baca la sendiri..



tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, dan 11/11/11. bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan ditambah dengan umur kita pada tahun ini, keputusannya ialah 111 buat semua orang. ini ialah tahun kekayaan!! pada bulan Oktober akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin dan 5 kali hari sabtu. ini akan terjadi sekali setiap 823 tahun.tahun seperti ini dikenali sebagai tahun " beg kekayaan ", bermaksud jika kita menghantar SMS ini kepada 8 kawan, kekayaan akan muncul pada hari ke 4 seperti yang dinyatakan dalam fengshui cina, sesiapa yang tidak menghantar SMS ini tidak akan mendapat apa-apa. ia adalah misteri tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba. semoga berjaya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

jangan mengada-ngada g anta SMS ni.. faking hell...syirik dowh...

20 March 2011

selamat ulangtahun kewujudan..

sebenarnya aku nak post entry ni semalam..tapi tak sempat plak.so arini aku sempatkan jugak.

sempena  hari wujud blog ni setahun, aku takde nak wat suprise sgt.just aku nak kuarkan balik header-header yang aku dah penah buat untuk blog ni selama setahun...








aku rase ada beberapa lg header yang dah ilang..so ni je la yang tinggal..hahaha

okey..aku nak bagi bangga sikit kat pemilik blog ni . sebab die yang ajar aku pasal berbloging. tak banyak mane pun die ajar sebenarnya..keh3.tapi ada la sikit-sikit  ilmu berharga die bagi..pastu kat blog ni jugak. aku baca blog ni.than, minat aku datang,dapat pulak buku ni...so aku dapat gak la ilham tok menulis sebelum-sebelum ni..hahaha

aku akui yang aku dah tak tulis macam dulu lg.aku dah kering idea ..maybe sbb persekitaran yang tak berapa produktif..so aku harap aku dapat tulis lg..tak pun tutup atau biar blog ni camni je...

xxxxxxxxxxxx



18 March 2011

URGENT!!..partime job..

korang  "LIKE" je dulu..pastu baru fikir pe korang wat eh..keh3

xxxxxxxxxxxxx

07 March 2011

kaundaon...

ahaaa..nanti 19 hb korang akan tau jugak...

xxxxxxxxxxx

24 February 2011

kata - kata jari 9

alasan
ianya suatu keperluan
penyelesaian suatu persoalan
pengukuh suatu jawapan


xxxxxxxxxxxxxxxx

14 February 2011

wajib...

walaupun takde secebis  idea yang terselit di celah neuron - neuron otak aku ni ...aku kena jugak wat satu entry ari ini sebab....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

arini bufday aku..kah3..

xxxxxxxxxxxxxxx

aku tak mengharapkan hadiah yang memahal..
cume kalau boleh penuhkan akaun maybank aku pun dah cukup memadai..hahahah

10 February 2011

100...

ni entry aku yang ke -100..sbb tu aku letak tajuk die tu..keh3.
sebenarnya aku nak cerita yang takde kaitan langsung dengan angka,algebra, konsonan,statistik dan sebagainya...

memandangkan ekonomi negara tak berapa stabil kebelakangan ini...aku punya kewangan peribadi pun agak tergugat.. kebanyakan wang aku teralir ke lembah hutang dan pinjaman..macam cilake.
oleh itu banyak penjimatan yang aku lakukan dari beberapa tahun lepas hingga hari ini.
  1. banyak minum air mineral bekal dari rumah. yela, beli penapis memahal. kene la gunakan.walaupun rasenya dah kene tipu dengan penjual penapis air..
  2. duduk kat dengan tingkap ofis. kalau brader parking datang baru aku guris kupon...membazir wey ..kalau 1 kupon 60 sen..buat ape aku nak guris banyak-banyak.2 keping kupon dah same harga secawan teh tarik..
  3. aku banyak menunggang honda type R aku untuk bekerja.kat situ banyak penjimatan aku boleh buat.jimat  masa,minyak dan jimat tenaga nak tengok cermin pandang belakang. ala setakat itam sikit ape ada hal..dah memang kulit hitam manis sawo matang.awek stil pandang la.
  4. kalau drive kete.. tak on econ..jimat cikit minyak. tak panas la sbb aku bawak kete time hujan je..lagi 1,setakat berpanas dalam kete..takde la sun burn cam tengok game bola tampar pantai..
  5. pasal alatan perapi diri ..aku tak reti nak jimat camne. ubat gigi pun makin mahal ni..tak mungkin la aku nak kurangkan kadar menggosok gigi...aku punya gel rambut pun after less stil mahal..nak gune gel murah tak boleh..terpakse la aku guna strategi laen..aku potong rambut jimmy neutron aku arini sbb nak jimat gel...
xxxxxxxxxxxxx

kalau aku buat buku teknik penjimatan berbaloi gak ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...