03 June 2010

rusuhan jiwa..

mahu,
aku sentiasa mahu itu,
bertalu usaha mungkin perlu dituju,
usaha sehabis mampu,
belum tahu,
realiti hidup kamu tertipu,

usaha,
berapa keringat kamu  dah tabur,
haha...belum tentu mahu subur,
harapan mungkin terkubur jua,
mengundur,
reliti hidup kamu kabur,

bingit,
mendengar khabar  tentang kemewahan,
resah dengan diri sendiri,
ketenangan dah tak wujud lagi,
dunia tidak adil,
perlukah kamu memaki?
realiti hidup kamu  keji ,

sial,
mungkin bicara makian formal,
atau nasib berstatus malang,
hidup perlu diteruskan,
maki sebagai peneman hati,
kerana kamu tak penah puas,
realiti hidup kamu .......

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...