15 June 2010

bukan rungutan biasa....



pagi yang indah hari ini bukan seperti semalam..betul sungguh kata-kata motivasi diri " hari ini lebih baik dari hari semalam"...semalam hari yang muram disebabkan mendung yang bergerak dalam satu pasukan ganas berwarna gelap memenuhi ruang langit sejak dari awal pagi...kadang-kadang pekikan sang petir memecah kesepian ofis diwaktu pagi dimana pekerja stil dalam mood kelesuan untuk memulakan pekerjaan...rahmat hujan dari Allah turun juga akhirnya berlarutan sehingga petang..hari ini aku dikehendaki pergi ke bank islam di  bandar muar....urusan ini merupakan sambungan urusan dahulu yang perlu diselesaikan hari ini jugak..pangilan dari bank islam diterima menandakan pihak diorang dah ready nak terima kedatangan aku..

" bagus gak panas arini.." ujar aku dalam hati...anak tangga aku pijak satu per satu dengan penuh kesopanan untuk pergi ke parking lot tempat aku park type R..arini kedai makan depan parking lot  tak beroperasi maka aktiviti mengusha awek aku ketepikan..enjin type R aku panaskan seketika sebelum minyak aku pulas....dalam kepala ligat berputar peta bandar muar..mencari jalan tersingkat dan paling lancar macam dalam google maps.. 3 saat diperlukan untuk mentafsir jalan dan keputusanya takde short cut...damn...

traffic light demi traffic light aku tempuh bertasbihkan carutan berhemah..darah remaja aku memang cepat menyirap kalau berhadapan dengan masalah kesesakan...ditambahkan dengan pemanduan yang agak kurang ajar daripada pemandu yang telah menerima carutan percuma..aku rasa dalam google maps hanya 3km je bank tu dari ofis aku dan dianggarkan hanya 10 minit.. malangnya selepas 25 minit aku berjaya sampai ke destinasi...huh...muar memang damn kalau jam....

selepas aku selesaikan tugas sepatutnya..aku tinggalkan bank dengan kesejukkan aircond yang masih melekat kat kulit aku..jam ditangan menunjukkan hampir 12 tengah hari..matahari di atas kepala riang sungguh memancar nak bakar kulit aku....panas terik sangat aku rasa..seat type R  separti kuali roti canai sedang menghangatkan punggung aku...tangan aku sorokkan sebaik mungkin bagi mengelak panas mentari bersuka ria membakar sel kulit tangan aku...muar memang mengalami masalah global warming yang mungkin akan ke tahap kritikal..darah aku lagi mudah menyirap kalau panas - panas camni...lagi - lagi nak tempuh setengah jam dalam kesesakan..padan muke la sape kane carut tadi..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



2 comments:

Linglung said...

lu kena belajar jadi mcm gua..kalis carut! keh keh keh

fndrocka said...

begitu panjang berjela kau punya metafora

Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...