02 April 2010

merancang perubahan....

hari demi hari aku menggunakan masa dengan sebaiknya seperti student nak amik final exam sampai masak megi pun bawak nota g dapor..nsib baik zaman sekarang tak gune kayu api..klu x bley koyakkan sikit nota tu bagi senag sikit api nak idup..aku menggunakan masa sebaiknya untuk meneruskan kajian yang tak menghasilkan sekeping thesis pun.ni la kot aktiviti harian aku dengan selingan membuat panggilan terhadap mangsa -mangsa compny aku..padahal mangsa- mangsa ni berharga sebab bagi aku komisyen tiap- tiap bulan..

sedang asik khusyuk  tergelak - gelak kecil membuat reserch ke atas blog - blog baru yang aku jumpe aku terbelai sesuatu yang lembut dan agak panjang..eh..syok la plak kn..aku teruskan membelai tanpa disedari ofismate sebab pasti akan menjadi buah mulut bagi diorang..aku bukannye tak suke diorng bual pasal aku cuma aku akan tiba- tiba rasa malu-malu kucing parsi...aku kembalikan kosentrasi aku membuat reserch sebab aku nak layan skandal petang sikit sebelum balik.

lenguh gak belai lame - lame ni kan..so aku mengambil keputusan memberhentikan aktiviti membelai tanpa menganggu aktiviti mengkaji...selang beberapa ketika aku tersentak kebingungan..timbul tanda tanya pe aku wat tadi, patut ke aku wat camtu kalau org tegok tadi..argh....lantak la pe diorang cakap..dengan yakin aku cakap dalam hati...aku tau diorang mesti tak ley wat macam aku wat tadi..aku gelak sendirian tanpa menghiraukan keadaan sekitar seperti baru mendapat ciuman istimewa dari kekasih..

segan aku buang ketepi dan teruskan aktiviti membelai sehingakan aku berfikir kembali..ku tenung tajam screen laptop sehingga menampakkan bayang - bayang lelaki kacak disitu..tanda tanya kembali muncul disekitar otakku yang sedang giat berfikir..knapa aku tak wat bende ni dari dulu lagi, adakah aku tak perasan kewujudan bende yang aku belai ni..keadaan menjadi senyap seketika sehingakan radio yang dipasang juga turut berhenti mendendangkan lagu untuk beberapa minit....mungkin dejey tersebut juga turut memberi laluan aku untuk berfikir.....

tak lame selepas tu lagu faveret aku dari faizal tahir- selamat malam dimainkan..dengan serta merta aku dapat menyelesaikan kekusutan yang timbul....ya..itulah jawapan yang aku cari ..rambut aku dah panjang rupenye..tak salah aku dah lebih dari tiga bulan aku tak gunting rambut menyebabkan rambut dah mencecahi kolar baju yang tak berapa korporat ni ... teringat plak kat akak sabah ni yang gunting rambut aku tiga bulan yang lalu..akak ni memang hot la aku nk bagi tau boley cuci mata la klu gunting rambut kat situ..akak tu cakap aku pandai jaga rambut dan memang tak dapat dinafikan la sebab aku memang kerap syampu untuk menhasilkan rambut yang lembut dan menawan..

ermm...aku kne gunting rambut nampaknye...tapi tak dapat la g kat kedai akak tu sbab jauh la aku nak g.. ..huh...aku kne gunting kat sni je la..tapi aku harap akak or brader yang nak gunting rambut aku nanti ni tak wat kerja terkutuk nak sabotaj aku..aku lempang die laju - laju sambil aku cantas bulu - bulu yang ade kat badan diorang klu diorg wat cam tu la..yela klu die sabotaj aku mau sebulan aku mintak cuti tak bergaji .. malu ar beb nak g keje..takkan aku nak berkopiah ke tempat kerja...memang x patut..





xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...