16 April 2010

biskut tiger...

cikgu aminah tersenyum melihat murid-muridnya yang comel duduk dimeja masing -masing..die merupakan cikgu praktikal disalah sebuah sekolah rendah yang muridnya terdiri dari pelbagai bangsa..gelagat murid- murid kelas 2  JASA menjadi santapan hariannya di sekolah...pagi ini die membuka topik perbualan mengenai sarapan pagi setelah melihat chong atau nama penuhnya Ah Chong Ngak duduk tak bermaya di kerusi sambil mengorek lubang idung...tak senonoh punya budak kata cikgu aminah dalam hati...


'' murid - murid brekpes tak pagi tadi ",cikgu aminah melemparkan suara merdunya di dalam kelas..'' sudah cikgu" jawab anak muridnya dengan antonasi nada berbeza - beza... muridnya mula membuat bising sama sendiri bercerita tentang sarapan pagi masing - masing..cikgu bertanya kepada kumpulan murid hyperaktif dalam kelas apa yang diorang makan pagi tadi..ada yang menjawab nasi goreng,telur setengah masak,cekodok keras, nasi lemak mak limah,kueh koci,tosei dan macam- macam lagi..susana menjadi hingar  seperti dalam dewan rakyat yang cikgu aminah tengok dalam berita..cikgu aminah meminta miridnya bertenang..namun chong msih dalam posisi tak bermaya dan kadang - kadang menjentik taik hidung die kat kawan sebelah..

tiba-tiba amira menjerit kuat.." saya makan biskut tiger..nak jadi sekuat tiger cikgu"..suara keanak-anakkan amira berkumandang satu kelas.. chong mula mengerutkan dahi seperti ada yang tak kena..lantas die berkata " you makan biskut tiger ka..aya tak sedap la, mami i marah kalau i makan itu biskut"...mami chong merupakan seorang cikgu bahasa inggeris di sekolah menengah...amira membantah sekerasnya menidakkan penyataan yang dibuat oleh chong..amira mendapat sokongan majoriti yang mengatakan biskut tiger bagus...

cikgu aminah menenangkan keadaan.. die meminta chong memberi penjelasan.." iya la, aritu mami beli banyak biskut tiger, i try culi - culi makan lo..memang tak cedap.."..chong meneruskan cerita..maminya turut melempangnya beberapa kali setelah die mencuba makan biskut tiger..cikgu aminah menjadi serius dan beranggapan ini satu penderaan terhadap chong...cikgu aminah memandang tepat ke arah chong mendegar dengar penuh minat..

cikgu aminah mencelah..." ey..saya pn makan biskut tiger..cdap je..sihat plak tu.."...chong mememandang cikgu aminah sambil berkata...."you sama dodoh sama i la, mami ckap org bodoh je makan biskut tiger.."..cikgu aminah menjadi semakin keliru...." aya betul la cikgu..mami cakap biskut tu untuk tiger saja..mami bagi tiger makan pagi dan petang.."..cikgu aminah bertannya pantas.." sape tiger?" ...chong menjawab tenang.."anjing i la"...

cikgu aminah terus kembali ke meja menyelak nota- nota...dalam hatinya sedikit bengang dengan penyataan chong...

xxxxxxxxxxxxxxxx

2 comments:

AL journey said...

ejal ni karang sendiri or copy paste anywhere?

kalau karang sendiri..
mesti cikgu bm form 5 terharu dgn kau..hoho

ej@l said...

ni ksah benar yang aku tulis tau..nk mintak no fon cikgu aminah pn bley...hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...