19 November 2010

**entry berbayar : 2 alam yang kelam.....


sinopsis 2 alam drpd dr. rozmey kat sini


ni sinopsis dari aku plak..

penonton tak tau pun yang bapa si adam tu seorang pelakon bangsawan..die hanya seorang lelaki berumur duduk di kerusi roda yang tak banyak cakap..ada sikit flashback pasal si adam ni hebat mengaji..dan guru mengaji die adalah hairie othman..kah3..

penonton tak tau pon yang adam ni penah duduk london, berkahwin dengan jejaka inggeris, tukar jantina dan sebagai pelakon pentas.. penonton cuma akan tau die study kat landon..tu pon selepas si andrea abdullah berbual - bual secara tak natural skripnya dengan mak adam iaitu rosnah johari..segala kepopularan dan "aura london" tak langsung dipaparkan bagi mengukuh jalan cerita.

kewujudan teman lelaki adam yang pastinya penonton tertanya-tanya pasal kepopularannya sebagai "bintang pop".. hanya boleh harapkan ketampanan tanpa bakat berlakon..cuma dipaparkan die sebagai lelaki play boy dan kuat sex..haha. adegan merogol yang yang tak menerbitkan rasa kesian langsung sebab 3 orang watak perogol adalah seorang bodoh,lurus dan menjadikan scene tu kelakar..

perjalanan untuk mengkebumikan jenazah ternyata mencabar seperti yang biasa dipaparkan dalam cerita indon slot " taubat" di tv3..sangat biasa dan kurang pengolahan yang benar - benar dapat mecetuskan rasa keinsafan.. banyak persoalan timbul sebab jalan cerita yang tah apa-apa diselitkan bagi memanjangkan waktu tayangan

ni antara komen drpd blogger laen
ohbulan.com
tontonfilem.blogspot.com

pasal jalan cerita, aku rase agak mendatar takde unsur suspen melainkan hanya terkejut..klimaks tak dapat dikenalpasti kat mana.. 60% jalan cerita adegan kegersangan,peluk-peluk, mandi, sewaktu denganya..25% adegan menagis  adam/amy dan ibu adam.. 15% adegan laen -laen seperti kesusahan membawa jenazah dan adegan merogol.

kehadiran faizal husin tak mengahsilkan sesuatu yang menarik sebab die hanya muncul pada awal - awal cerita.. lakonan mudah daripada beliau kerana tak perlu menghafal skrip yang panjang..aaron aziz sebagai peneraju utama yang terkongkong wataknya..menjadi seorang ustaz yang terlampau skema percakapannya.tak mengambarkan seorang ustaz tetapi seperti seorang budak sekolah aliran agama.
suhaillah salam adalah seorang yang layak belakon dalam filem lucah..mempunyai tubuh yang betul- betul sengaja dipamerkan untuk tatapan umum sepanjang tanyangan..lakonannya menarik kerana keseksian dan pandai buat memek muka hodoh semasa menagis teresak-esak..kesian kat yank kasim sebab sepatutnya die yang memegang watak perogol bukan seorang berserban yang hanya muncul sekejap sahaja. royadi johari adalah bakat baru yang kayu..watak mudah yang hanya perlu memaparkan susuk tubuh dengan boxer yang sama setiap adegan ranjang.


filem ini mempunyai konflik agama yang agak berat.. memerlukan ilmu agama untuk memahami seperti:

  1. memandikan jenazah yang telah bertukar jantina
  2. jenazah yang telah murtad
  3. pengebumian di luar kawasan tanah perkuburan


xxxxxxxxxxxxx


 ni semua hanya pandangan dari aku, maybe ada yang aku tak tulis..nanati aku update

18 November 2010

2 alam....adakah barzakh atau sebaliknya...keh3..


sumber: google

aku nak g tengok malam ni..sok aku review..kalau tak best sok tertonggeng la mamat ni..hahahaa..

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

16 November 2010

pilih lembu lagi baik....


  " SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLaDHa "

( baca dalam tune gadis-gadis..penat aku  wat tulisan camtu..)



tak silap aku dua minggu lepas penyampai mohor dah umum kat tv sok raya.. tak suspen la kan? keh3...pastu stail cakap stil tak berubah..aku rase semenjak aku baru pandai tengok tv orang tu gak aku tengok tiap -tiap raye..haha.. tak pe la..abaikan..

okey...sok raye, cuti 1 hari je...aku rase tak ramai geng yang tak balik..so aku pun tak nak raye kat kampung ar camtu...so korang kalau nak bagi aku daging lembu jangan fikir banyak kali..bagi je..tapi bagi kat makcik aku sebelah rumah..haha..kalau boleh la..bagi daging pinang eh..pastu bagi la tulang selangka lebih sikit....haha..

aku tak nak cakap banyak..aku pun tak reti nak tulis panjang - panjang..kalau rajin baca blog- blog ni..

Hikayat Sinaganaga Origami III

tak faham ? baca yang ni plak..

cursing malay


INI FYNN JAMAL CAKAP


aku tak tau nak cakap camne..tak nak maki - maki..korang takyah korban maruah camni time raye korban eh..


xxxxxxxxxxxxxx

aku tetap pilih lembu..kah3


15 November 2010

February 06 - 14 ~ Bullfrog......


aku baru lepas baca blog her drugbuddy..
korang bace sendiri la..
aku dah try google bullfrong yang paling comel
tapi tak jmpe..

xxxxxxxxxxxx

11 November 2010

Dato OKU..


tadi aku pergi bank paling islamic dalam malaysia..customer tak berapa nak ramai..aku tunggu hampir setengah jam sebab  1 kaunter je yang bukak..pastu  makcik pulak yang jaga..ntah mane pergi staf muda-muda.. aku dah maki sebab service slow nak mampos.. tiba -tiba datang seorang lelaki berpangkat aku agak tak reti segan silu terus masuk line kat kaunter tu.. aku lagi panas hati la jadinye..dah tu boleh plak coling -coling sambil buat urusan tu.. memang faker la..ko tak tau ke dah lame aku tuggu turn aku sampai sengal..

.............

sampai turn aku..aku setelkan pape urusan yang aku nak buat.. sebelum blah aku tanye kat makcik tu..

aku : laki baju biru tadi tu OKU ke.. boleh potong line?
makcik : eh.. tak la dik..kan dato tu.....

makcik cakap dengan senyum tak berapa nak manis..aku terus blah...

xxxxxxxxxxxxxxx

10 November 2010

81......

 pengesahan penutupan blog blom dapat lagi..

xxxxxxxxxxxxxxxx

korang penah tengok 1 liter of tears tak?







 ni ad episod special..
"special 1 leter of tears memory"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 aku baru tau kewujudan siri special ni..

03 November 2010

80...............



menunggu pengesahan proposal penutupan blog..


xxxxxxxxxxxxxxxxx
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...