31 December 2011

akhir...

malam ni malam terakhir 2011..
esok dah 2012..
sok aku ada misi penting..

selamat tahun baru dunia...

21 August 2011

ntah kenape..

aku ni dah besar panjang tak reti langsung nak main alat musik..ntah kenape..aku dari dulu tak terdetik langsung nak berjinak -jinak dengan bermain alat musik..sekarang ni pulak teringin nak master main salah satu alat musik..ape boleh buat..?

ni sumua bukan sebab bo amir iqram dan najwa latif.. tapi sebab geng ni....

19 August 2011

diari ramadhan

waktu : 3.00 p.m.
lokasi : proton servis centre
tujuan : persediaan untuk raye..kah3
aktiviti : duduk melangut tunggu turn sambil layan drama latin kat tv3
konklusi : banyak hilang pahala puasa..

                                                     google

10 August 2011

siri bercakap dengan otak 3

otak positif : lu kene start dulu, lu kene ingat tu...

otak negatif : ala..lu lupe ke ? die cuti puase, so cuti la selamat berbuka puase..kah3...

09 August 2011

siri bercakap dengan otak 2

otak positif : lu pikir baik -baik pe yang lu buat sekarang ni.

otak negatif : kah3..lu je yang excited lebih ni..

28 July 2011

siri bercakap dengan otak

otak positif : " ala, takde pape la, lu jangan risau sangat, die setia dengan lu la..mane penah die tak sms lu.. die berjalan pun ingat kat lu..tiap-tiap malam die tak lupe wish kat lu kan?.."

otak negatif : " ala, lu ni je yg berusaha lebih, lu tgok la pe  feedback lu dapat daripada die..tak puas ati kan ?.lu makan ati ada la..kah3.."

23 July 2011

selamat ulangtahun kelahiran sayang


tiba sudah hari dinanti
satu lagi tangga umur kamu titi
ucapan ini ikhlas dari hati
dari diri ini yang kamu kasihi


" happy birthday to you  "


aku bermohon pada tuhan
berikanlah kamu keberkatan
setiap apa  jua yang kamu lakukan 
agar kamu sentiasa mendapat perlindungan

aku bermohon pada tuhan
agar kamu sentiasa dalam keceriaan
mengharungi dugaan dengan ketabahan
mencapai kejayaan dalam setiap yang kamu impikan

aku bermohon pada tuhan
supaya kamu kekal dalam iman
tidak leka dengan kenikmatan
bersyukur dengan apa yang telah diberikan

tuhan ku
aku bermohon padamu
capaikanlah impian kami yang satu
untuk hidup bersama hingga akhir waktu


malam ini by bo amir iqram

14 July 2011

ulang tahun cinta...


empat tahun yang lalu
hati lelaki ini normal sahaja
hanya berasa biasa melihat wanita
tak terdetik lagi memiliki wanita
mungkin belum tiba masanya

empat tahun yang lalu
lelaki ini ingin berubah
cuba mengharap dambaan dari wanita
mencari yang sedap dipandang mata
dapat tapi sudah berpunya

empat tahun yang lalu
wanita ini seperti ada ikatan kimia
muncul secara tak sengaja
mecuit hati lelaki ini
dan berjanji untuk bersatu hati

empat tahun yang lalu
mula berlajar menjaga hati
mengenal perkataan cinta sejati
menyemai sifat kejujuran diri
merungkai segala erti tanggung jawab

baberapa saat yang lalu
empat tahun sudah terbit cinta
antara lelaki ini dan wanita
semoga berkekalan akhirnya
dirahmati tuhan setiap masa

xxxxxxxxxxx





19 June 2011

happy father's days....

hari untuk penyumbang gen Y adalah hari ini
hari untuk bapa,ayah,abah, babah,abie,daddy,father and so on
aku wish father's day secara rasminya dalam blog ni je
sebab ayah aku ,aku anggap hari bapa baginya adalah setiap hari
tak perlu just hari ni je nak wish
aku harap bekal yang aku berikan hari - hari sampai padanya dan die tenang di sana

taun depan baru aku akan wish kat abang aku
so taun depan gak aku perlu di wish sebagai bapa di hari bapa



maksud aku sebagai bapa sedara..kah3

xxxxxxxxxxxxx

harap - harap taun depan dapat wish kat bapa mertua...hik3

17 June 2011

punca...

aku sekarang cuba nak aktifkan balik penulisan aku.
nak tulis ape aje yang ada dalam kepala.
kadang - kadang nak tulis yang kat depan mata
yang jauh dimata dekat dihati aku tulis pasal die kadang-kadang jugak..kah3
biasenye aku tulis lepas aku bace blog orang
blog orang ni jadi sumber idea jugak

okey.. tadi aku nak tulis
tapi line internet lost tetibe
aku jadi marah la kan
call 100  pastu tuturkan beberapa ayat makian tahap sederhana
aku puas hati
tapi aku dh ilang mood nak menulis..

xxxxxxxxxxxx

aku konfius ni...dlam blog ni kite menulis atau menaip?..

16 June 2011

kembali....

aku rase dah hampir dua bulan tak menulis
maksud aku menulis  kat blog la bukan menulis kat kertas.
kat kertas  hari-hari aku tulis.
kadang kadang sampai kat cup plastik aku tulis.
paling advance sekali aku tulis kat aluminium foil.
tapi yang agak celake sikit ni.
aku boleh lupe ape nak tulis kat pasword nak log in tadi.


xxxxxxxxxxxxxxx

03 May 2011

kata - kata jari 11


pesanan ringkas diterima
kejutan yang sengaja direka
lantas hati kian berbunga
menitip menanti hari tiba

otak geliga ligat merencana
cuba menghasil satu agenda
menyembuh demam asmara

tiba hari dinanti
bidadari sedia bersua hati
melakar senyuman sehari
berkali berlaga pipi



pemilik bidadari yang dihormati
terima kasih atas peluang diberi
hati benar - benar menghargai
terima kasih sekali lagi


"Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya"

............................
hujan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

18 April 2011

akak hair stylist 3....

Diandra Arjunaidi
(google)


aku tak ingat bile last sekali aku gunting rambut..tapi bile hati aku dah start gelisah je kalau ada  awek lalu sebelah..ni mesti ada kaitan dengan rambut aku..so aku kene potong rambut aku jugak...

...............................

aku : kak, repair rambut saye ni, akak potong la bagi kemas sikit...awek - awek dah tak jeling saye la.. risau pulak rase...

akak tu : haha..risau eh..rambut adik kan dah elok ni..ni kurang sikat ni..sikat gune jari je ni kan?

aku : aah kak..( aku anguk-anguk tanda setuju sambil senyum kat pekerja akak tu kat kerusi sebelah)

akak tu : rambut adik ni dah macam rambut cikgu saif la....(sambil sikat rambut aku belah tepi)

aku : cikgu saif sape  pulak ni kak? (aku terlambat pickup, on the spot aku flashback nama - nama cikgu aku kat sekolah dulu)

akak tu : kamu ni tak tgk tv ke? cite gemilang...

aku : owhhh..hahaha..tgok la kak..yg ada Tiz Zakiah tu kan?

akak tu : aah..(angguk 2 kali)..nak akak wat macam rambut cikgu saif tak?

aku : tak pe la kak.. saya tak nak jadi cikgu... saya nak jadi ahli politik..nak ganti muhyidin..( buat muka serius)

akak tu : ( tarik muka, gunting rambut ganas - ganas)

aku : awwww..sakit kak...

xxxxxxxxxxxxxxx

setiap kali aku g gunting rambut..mesti poster kat pintu kedai dah tukar..sekarang Shahz Jaszle dah conquer dua - dua belah daun pintu..

01 April 2011

kata - kata jari 10

janji
setengah dekad untuk dikecapi

 pasti
entahkan  tertunai nanti

diri
mengharap pertolongan Ilahi

kaki
langkah semakin diperhati

hati
galak merangsang respirasi

sangsi
dengan saat yang berlalu ini

xxxxxxxx

25 March 2011

amaran....

aku dapat SMS ni..aku baca..terus geleng kepala..berapa kali aku tak pasti..korang baca la sendiri..



tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, dan 11/11/11. bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan ditambah dengan umur kita pada tahun ini, keputusannya ialah 111 buat semua orang. ini ialah tahun kekayaan!! pada bulan Oktober akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin dan 5 kali hari sabtu. ini akan terjadi sekali setiap 823 tahun.tahun seperti ini dikenali sebagai tahun " beg kekayaan ", bermaksud jika kita menghantar SMS ini kepada 8 kawan, kekayaan akan muncul pada hari ke 4 seperti yang dinyatakan dalam fengshui cina, sesiapa yang tidak menghantar SMS ini tidak akan mendapat apa-apa. ia adalah misteri tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba. semoga berjaya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

jangan mengada-ngada g anta SMS ni.. faking hell...syirik dowh...

20 March 2011

selamat ulangtahun kewujudan..

sebenarnya aku nak post entry ni semalam..tapi tak sempat plak.so arini aku sempatkan jugak.

sempena  hari wujud blog ni setahun, aku takde nak wat suprise sgt.just aku nak kuarkan balik header-header yang aku dah penah buat untuk blog ni selama setahun...








aku rase ada beberapa lg header yang dah ilang..so ni je la yang tinggal..hahaha

okey..aku nak bagi bangga sikit kat pemilik blog ni . sebab die yang ajar aku pasal berbloging. tak banyak mane pun die ajar sebenarnya..keh3.tapi ada la sikit-sikit  ilmu berharga die bagi..pastu kat blog ni jugak. aku baca blog ni.than, minat aku datang,dapat pulak buku ni...so aku dapat gak la ilham tok menulis sebelum-sebelum ni..hahaha

aku akui yang aku dah tak tulis macam dulu lg.aku dah kering idea ..maybe sbb persekitaran yang tak berapa produktif..so aku harap aku dapat tulis lg..tak pun tutup atau biar blog ni camni je...

xxxxxxxxxxxx



18 March 2011

URGENT!!..partime job..

korang  "LIKE" je dulu..pastu baru fikir pe korang wat eh..keh3

xxxxxxxxxxxxx

07 March 2011

kaundaon...

ahaaa..nanti 19 hb korang akan tau jugak...

xxxxxxxxxxx

24 February 2011

kata - kata jari 9

alasan
ianya suatu keperluan
penyelesaian suatu persoalan
pengukuh suatu jawapan


xxxxxxxxxxxxxxxx

14 February 2011

wajib...

walaupun takde secebis  idea yang terselit di celah neuron - neuron otak aku ni ...aku kena jugak wat satu entry ari ini sebab....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

arini bufday aku..kah3..

xxxxxxxxxxxxxxx

aku tak mengharapkan hadiah yang memahal..
cume kalau boleh penuhkan akaun maybank aku pun dah cukup memadai..hahahah

10 February 2011

100...

ni entry aku yang ke -100..sbb tu aku letak tajuk die tu..keh3.
sebenarnya aku nak cerita yang takde kaitan langsung dengan angka,algebra, konsonan,statistik dan sebagainya...

memandangkan ekonomi negara tak berapa stabil kebelakangan ini...aku punya kewangan peribadi pun agak tergugat.. kebanyakan wang aku teralir ke lembah hutang dan pinjaman..macam cilake.
oleh itu banyak penjimatan yang aku lakukan dari beberapa tahun lepas hingga hari ini.
  1. banyak minum air mineral bekal dari rumah. yela, beli penapis memahal. kene la gunakan.walaupun rasenya dah kene tipu dengan penjual penapis air..
  2. duduk kat dengan tingkap ofis. kalau brader parking datang baru aku guris kupon...membazir wey ..kalau 1 kupon 60 sen..buat ape aku nak guris banyak-banyak.2 keping kupon dah same harga secawan teh tarik..
  3. aku banyak menunggang honda type R aku untuk bekerja.kat situ banyak penjimatan aku boleh buat.jimat  masa,minyak dan jimat tenaga nak tengok cermin pandang belakang. ala setakat itam sikit ape ada hal..dah memang kulit hitam manis sawo matang.awek stil pandang la.
  4. kalau drive kete.. tak on econ..jimat cikit minyak. tak panas la sbb aku bawak kete time hujan je..lagi 1,setakat berpanas dalam kete..takde la sun burn cam tengok game bola tampar pantai..
  5. pasal alatan perapi diri ..aku tak reti nak jimat camne. ubat gigi pun makin mahal ni..tak mungkin la aku nak kurangkan kadar menggosok gigi...aku punya gel rambut pun after less stil mahal..nak gune gel murah tak boleh..terpakse la aku guna strategi laen..aku potong rambut jimmy neutron aku arini sbb nak jimat gel...
xxxxxxxxxxxxx

kalau aku buat buku teknik penjimatan berbaloi gak ni..

04 February 2011

kata - kata jari 8

hati berbunga-bunga
tatkala ada musibah menimpa
mencuci duka seketika
mendamping si mesra

xxxxxxxxxx

01 February 2011

jeritan awal bulan 2...

semalam aku balek keje terjumpa couple gaduh pasal rumah tangga kat dalam kete. park kete sebelah aku.ofcoz la aku dengar segala perbualan diorang.aku nak gelak tak sampai ati. nak senyum pun cam tak kene.aku cume pegang pipi aku je. sebab pempuan tu asik lempang pakwe die..aku terasa sakitnye..hik3

okey..arini aku menerima tamparan hebat..hahaha..

xxxxxxxxxxxxxxxxx

ni mb entry last aku dari ofis...keh3..

31 January 2011

susu...





ni iklan susu yang aku paling suke..keh3..
2 orang geng ex-5A bakal jadi ibu..
sorang lagi dah jadi ibu pon
tengok anak sape pandai maen piano dulu..hahaha

29 January 2011

masyarakat taman-taman..

aku join program NGO bersama rakyat..buat kat taman yang agak semakin nak maju.. taman orang - orang UMNO..keh3..aku dengan ofismate sampai - sampai terus diajak makan pagi.. rezeki langkah kanan..padahal aku tak buat keje pape lagi..kitorang dilayan oleh seorang akak..aku nak panggil makcik macam tak elok pulak sebab still muda lagi..anggaran umor dalam anak sulung die sebaya dengan aku..haha..ni aku agak je la..kitorang makan dengan berbual - bual..

...........................

akak: kamu semua ni satu ofis ke?

ofismate: aah.

aku: (angguk kepala)..

akak: yang angguk kepala ni awak umor berapa? muda lagi akak tengok..

aku:(senyum) mane ada muda kak..dah berumor ni..dah wajib kawin pon..(gelak)..

akak: (muka cemas)..larh...yeke..anak pempuan akak kat rumah tu pun umor baru awal 20an..boleh kot jadi calon..

ofismate:( berhenti menguyah)...

aku: (minum sampai abis)...kak , ketua kampung sapa nama?

xxxxxxxxxxxxxxx

mak-mak zaman sekarang pantang nampak calon yang sesuai...hahaha..


24 January 2011

AB.....

macam haram betul cerita ni.. penat aku tahan nak tergelak kuat..




aku ketawa terkekek-kekek saat orang tensen kat ofis..haha..
keje stres-stres cepat tua la woi....

xxxxxxxxxxxxxxxx

17 January 2011

stress....

  1. dekat seminggu demam tak hilang
  2. trauma betul nak mandi pagi
  3. lambat sampai ofis sbb tak boleh langgar lampu merah
  4. asik turun bawah guris kupon parking
  5. satu botol 100plus dah aku tonggang
  6. tisu lap lelehan hidung penuh kat bakul sampah
  7. badan sakit - sakit..nak g rumah urut ada orang tak bagi..HARAM!! katenye..hik3
  8. rase nak tido kat bilik meeting
  9. kalau dapat balik cepat syok jugak..
haha..banyak gak aku merungut arini..keh3..

xxxxxxxxxxxxxxxxx

14 January 2011

postmortem..

okey..aku dah termenung hampir setengah jam.aku tengah cari punca aku demam..harini masuk hari ke-3 aku demam..tapi arini aku datang ofis..aku flashback..semalam aku telentang kat sofa satu hari..cuti tak berMC..malas nak pegi klinik.kemarin aku baru stat nak demam..kepala dah berat..cecair dari hidung sukar dikawal lelehannya..aku bantai susun kerusi bilik meeting..tido..

sebelum kemarin ni aku tak tau nak namekan ape..so..sebelum kemarin adalah hari selasa. rakyat johor cuti..aku antara rakyat johor yang tak melepaskan peluang..dah cuti kan..aku pegi  tengok wayang..

yes!!..aku dah ingat..haha..aku dah ingat..tak disangkal lagi..punca aku demam tak memasal ni..
aku mimpi antu che' nin malam tu...keh3...





che 'nin
(sumber google)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

tak silap aku che'nin cakap thanks sbb tgk movie die dalam mimpi tu...

10 January 2011

kata - kata jari 7


c.i.n.t.a
bermula dengan ayat mantap
berakhir dengan tanggungjawab
bukan cuma nak sedap


" no permanent job,no lips"


xxxxxxxxxxxxxxxxx

06 January 2011

aku rindu gile....

damn gile.. dah 6 hari di tahun baru  aku nk update blog...hari-hari aku sign in blog... dalam kepala ada la sikit-sikit ilham nak aku salurkan dalam ni..bila part nak tulis je, terus ntah ke mana pergi ilham tadi..celake betul..

aku rindu banyak benda,pertama sekali aku rindu arwah bapak aku..kadang -kadang sebak aku datang gak..tahan je nak nagis..nagis pasal ni aku tak malu..aku cakap tak bohong ni..pastu rindu kat awek aku....ni tak pe boleh diuruskan..keh3.. pastu aku rindu plak kat kawan-kawan aku..aku tak spesifikkan kawan yang mane.. tapi korang kalau rindu aku...aku pun rindu kat korang gak la..haahaa..pastu aku rindu nak bersukan..dah lame jugak la aku tak menjejakkan kaki ke arena mengeluarkan peluh ni...ape nak jadi kat aku ni..

ok..semalam aku dah anggarkan..dekat 1 taun setengah gak aku tak maen softball..berkulat glove aku..gile..aku boleh tinggalkan game ni dengan senag lenang..sekarang ni aku dah datang gian nak maen lagi..yang cilakenya..tak de orng maen game ni area tempat aku.. hell betul..


dalam gambar ni ada aku.. tournament last aku join setahaun lepas.
semalam aku layan video ni..serta-merta gian aku datang balik.





video aku dapat dari youtube..ni baseball..feel die maen same macam softball..

aku rindu nak sliding kaki orang,pecahkan bibir orang, baling badan orang, pukul catcher pakai bet..
seronak die datang bila gadis-gadis bersorak kat sebelah..sambil melompat-lompat goncang aset..omg..

xxxxxxxxxxxx
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...