31 March 2010

PJJ oh PJJ....




waaa.. tahniah la kepada sahabat - sahabat sejati aku yang masih belajar dan yang dh tak sabar - sabar nk abiskan belajar... klu rase bosan ke tertekan ke tu biase la kot...aku ni tak tau lg la perlukah aku menambah ilmu dalam pale aku yang kadang - kadang penuh akibat kejadian yang aku tempuhi seharian..skarang ni aku  harapkan sesuatu perubahan dapat berlaku supaya impian aku yang agak tinggi dari aku ni menjadi kenyataan secepat yang mungkin.




sekarang ni aku ngah wat PJJ la kot aku rse..tgok orang wat mcam senang je, heppy je, cam xde msalah je..tp aku tetap rsekan PJJ yang aku buat ni menghasilkan cabaran dalam diri dan kadang - kadang kat fizikal gak..aku ada gak tanye tips kat orng yang berpengalaman camne nk hadapi smua dugaan yang datang kadang - kadang macam awan mendung nak  hujan..nampak je mcam tak jadi nk hujan tp alih - alih bley banjir halam rumah aku untuk seketika je la..

kat sni aku ley wat sdikit kongklusi drpd xde pape kan..aku kne sentiasa ada kekerapan komunikasi, kesetian, kepercayaan, kesabaran, kerajinan, dan kekuatan untuk berkorban....semua " ke" berikut dicetuskan dri pemikir yang bayak mse di bazirkan on9 untuk membuat reseach sambil melihat profail org kat fesbuk..

ermm...tp rindu mmag la x bley tahan..pnah gak terfikir best tul mase study dlu xde la rndu mcm ni sbab nk terbit je perasaan rndu dh bley jumpe dpat la luangkan mse bermesra-mesra...skrang kne tgu cti bru ley wat planning untuk membuat satu kate sepakat nk dating..msalah plak timbul ble timing x btul ad program laen la, ad bende  emergncy la, ad msalah x dpt dielakkan iaitu sumber kewangan yang agak sempit..huh.. ni la kot namenye PJJ ( PERCINTAAN JARAK JAUH) yang harus aku lalui ngan penuh ketabahan....



xxxxxxxxxxxxx

30 March 2010

keinginan mengatasi segalanya....

aku hari - hari merempit tok g tempat keje dengan mengharungi suhu yang agak sejuk hasil daripada langaran angin yang aku buat..hampir 30 minit gak menempuh segala halangan tok mencari rezeki..merempit bgi aku seronok gak dapat cilok- cilok di antara deretan lori , trekta , kete & bangla - bangla naek beskal..tapi tak pernah plak aku nampak bangla wat macam orang dlm vedio ni... 

saksikan..... 





aku pn x penah terfikir nak wat cam ni.....
tp aku suke yang macam ni plak...bru anak jantan......




tapi bila 1 dunia dh tiru cam gini la jadiknye.....





ermm.. bile kwan - kawan aku balek kampung ek...nk gak ajak diorg try ni..setakat g batu pahat ulang alik pe de hal asal awek yang naek moto ngn pakwe die sanggup trun mto bg tepukan..tp aku mst traning dlu g keje drifting je la..........



xxxxxxxxx

terhasilnya sebuah perskandalan......






setengah pagi aku habiskan mase melayan skandel baru..nikmat tul rasanya tp x senikmat pertemuan ngn aku punye ermm -ermm..seronok tak terhinga dah macam burung kakak tua bru pandai cakap..ade je benda nk dibual ngn die sambil gelak- gelak kemesraan..tp skndel aku ni wat aku gelak sorang jela..kadang - kadang ofismate aku berpandangan serong gak bile aku membuat gelagat  tak diduga setelah aku tergelak  tak tentu arah..

namun ada aku kisah pandangan serong diorang tu..aku hanya membalasnya dengan senyuman ala backhem dengan gigi aku nampakkan sikit je..dengan pantas diorang memalingkan muka sebab nk tergelak tengok aku..nk dijadikan cerpen atau cerita pendek kul 8 lbey aku sampai ofis .aku berehat sebentar melepaskan lelah kat kursi bos untuk setengah jam..pastu aku trus mencapai laptop untuk menjalankan aktiviti tanpa tujuan iaitu log in fesbok dan email..dah habis semua kisah dalam fesbok aku dapt tahu aku mula la merapati skandel untuk melayan kerenah die plak..pelahan -pelahan aku tatapi sambil diselangi oleh gelak - gelak kecil menandakan aku memang betul - betul terhibur..



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


29 March 2010

kerugian yang kita tak sedar......











 life laughs at you when you are 
unhappy...,











life smile at you 
when you happy...,







life salutes you 
when you 
make 
others 
happy....


perlukah 1 lambaian....?


bukan aku....


kadang - kadang hati yang sedang riang berterbangan macam anak burung layang- layang yang dah kenyang mak die suap makanan  ley jadi muram macam muka katak yang tensen panggil hujan tak turun -turun.

tu yang jadi pada aku semalam....aku mengharapkan sesuatu yang agak gembira terjadi akhirnya menghasilkan satu tusukan dalam hati .. hati yang kembang bak hot balloon mula menguncup akibat tusukan satu perkataan sial tu..

pale otak aku terus giat mencari perkataan mencarut dalam bahasa ibunda serta bahasa inggeris..mencarut je la aku boley buat dalam hati yang kecut tapi tu je yang mampu sebab aku memang  tak pandai nak luahkan..emosi bercampur baur mengalahkan   pemilik kenderaan klasik yang amat disayangi dilanggar lari pada masa yang same duit gaji bos dh  tak bayar 3 bulan..

bagi aku terapi tido sangat berguna bagi meredakan gelora dalam hati..biarla mimpi buruk atau mimpi basah yang datang aku tetap nk tido mase tu jugak..aku nk lupeken kejadian tu bersama mimpi- mimpi aku..


sedar- sedar aku dah dengar suare adik aku yang ngah bersiap nak g sekolah...yeah...aku dah back to normal macam ari biase- biase gak kot..aku terus mencapai helaian tuala yang tergantung pada hanger trus menuju ke bilik mandi.. aku harus menciapkan diri tok g mencari rezeki yang terhidang..


bye-bye semalam ....




bukan awek aku....


xxxxxxxxxxxxx

26 March 2010

don't kissing at public area.....





bila insan yang bergelar lelaki jatuh cinta: ......
akan berusaha

  1. bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  2. sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang banyak bercakap.
  3. banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  5. sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  7. tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  8. mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. adakalanya  seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana  mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
  10. menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  12. akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.... i miss u..
  13. sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  14. mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana  merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
  16. tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17. cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
  18. membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  19. kalau ditinggalkan oleh kekasihnya,  berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun  sentiasa mengharap kekasihnya kembali .
  20. menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  21. tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya...








Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

yang penting bace doa makan dlu.....




mencungkil rahsia cara si dia makan



Makan dengan tenang

Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! 


Asyik belek makanan 


 Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!


Serius ketika makan 

Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. 


Makan sambil borak 

Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak! 


Makan sambil kerap 

Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap. 


Makan sambil merungut 

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. 


25 March 2010

ape pandang- pandang....



Jenis rambut dan personalitinya....

"Balik ni tengok rambut boyfriend ke, papa ke, abang ke adik atau pun suami ke, ataupun diri sendiri........


1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah



4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..

13) RAMBUT ALA 'ZAIBO'
- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.

14) RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'
- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??

16) RAMBUT 'RONALDO'
- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi " saja suka2............


xxxx sekadar hiburan xxxxx

aku direfleksologi........




Semalam , sekitar jam 6 petang aku bersama kawan aku pergi ke batu pahat dengan tujuan yang 1 untuk mencari barang keperluan. pergi dengan bertemankan sinaran matahari yang hendak terbenem tapi still memancarkan cahaya yang terik..

sampai ke destinasi yang hendak dituju, kami memulakan langkah dengan gaya masing-masing. actually aku just teman kawan aku je nak beli barang. first barang yang nk dicari sabun tahan mengantuk " aqura".korang ley check dalam web pasal sabun tu.dah sampai kedai tu bley plak jurujualnye xde. lame gak tercegat sambil membuat andaian bukan2 kat tokey kdai tu..hahaha.. tak bley tahan wat keputusan g cari barang laen dlu. masa mundar- mandir jumpe plak tempat refleksologi..tengok kedai macam lengang je..keinginan nak mencuba mengelodak tp rase segan plak nk tanye..2 3 kali gak lalu dpan kadai 2 tp still segan nak tanye..

pas ciap g beli barang laen singgah lagi kat kedai jual sabun tu..jurujual bg ayat power + demostrasi yang agak tak masuk akal menyebabkan aku bley tergelak sampai sekarang teringat pe yang mamat 2 buat..hak3..last2 member aku angkat gak sabun yang dijanjkan keberkesananya oleh member aku gak kat uthm..

on da way nk balik lalu lagi kedai refleksologi tu..fikir 2 3 kali nekad gak nk try..pas borak2 dengan pekerja kat situ member aku try wat bekam tp aku try wat urutan kaki je la.      

aku disuruh duduk kat kusi yang agak empuk  sambil dibelainye tapak kaki aku..aku borak2 sambil mengeliat sikit2 nak tahan sakit urutan yang dibuat. tp kne wat cool jela sebab ramai orang lalu- lalang tengok aku direfleksologi.

sesi soal jawab aku dengan pekerja berjalan dan aku hanya mampu berkerut dahi nk tahan geli.banyak gak info gak aku dapat ..ni aku ada sertakan info kebaikan refleksologi....





Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan.

Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.

apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.

Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing.

bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.

Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan.

Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik.

FAKTA: Kelebihan refleksologi

  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggul
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelak risiko sembelit
  • Mengurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
  • Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah

  • Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

    Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

    Bagaimana toksin terjadi?

    • Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
    • Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
    • Merokok
    • Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
    • Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.



    so sape rase nk wat 2 ley ar try..aku pun mungkin akan ke kedai tu lagi nak wat bekam..nnt aku kongsi info pasal bekam.











24 March 2010

selamat malam sayang.......







 Selamat Malam

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

ada apa dengan "lady gaga" ....

Aku baru je nak kongsi sikit pasal minah ni..Alih-alih dh kuar kat ohartis.com ..Tp aku x byak nk ckap la sebab korang boleh baca kat link yang aku senaraikan kat bawah ni:

  1. http://unikversiti.blogspot.com/2009/12/konsert-pelik-lady-gaga-dan-artis-artis.html
  2. http://vigilantcitizen.com/?p=1676
  3. http://vigilantcitizen.com/?p=2614
aku just nk kongsi pe yang aku dapat baca je..So kepada peminat- peminat minah ni aku harap korang boleh berfikir sendiri..Sebelum 2 kita layan gambar2 minah pelik ni dulu...

okey..2 aje....sory kepada fan minah eh...tq


    23 March 2010

    cuba sesuatu yang mungkin tidak kita tahu....


    Assalamualaikum… Untuk manfa’at bersama……..
    SEBELUM Tidur
    Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
    Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
    1. Sebelum khatam Al Qur’an ,
    2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
    3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
    4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh….
    “Bertanya Aisyah :
    “Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
    Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
    Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad’ Alloohushshomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3 x )
    Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
    Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii ‘alaa syaidinaa Muhammad wa’alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
    Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
    Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
    Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh”
    Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
    Sekian untuk ingatan kita bersama.
    * Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...