26 July 2010

kata - kata jari 4


aku menghargai
kegagahan kamu merentas hari pagi
meredah kesesakan duniawi
demi meralisasi sebuah janji
walau menggangu biologi diri
kamu sampai di sini

aku terharu
kamu tak hirau kesakitan itu
menyusuri laluan bersama ku
berbahagia sedaya mampu
 tak putus senyum di bibir mu

aku cuba
mempelbagai agenda
semoga hasilnya ceria
walaupun ia tak seberapa
harap kamu gembira

....

22 July 2010

selamat ulangtahun kelahiran sayang...




kamu tunggu sape tu...?..haha..


tunggu bufday sampai eh?
dah sampai pun kn....

" HAPPY BIRTHDAY "

tahniah-tahniah anda semakin dewasa
semoga....

panjang umur
murah rezeki
hidup diberkati
berjaya dalam hidup
kesihatan dan keselamatan sepanjang masa
sentiasa gembira dan ceria


si cinta bagi awak video ni...



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

dah dapat call percuma tu faham-faham je la..hak3.

20 July 2010

kata - kata jari 3


cuaca mungkin pemusnah agenda
hati semestinya akan berduka
minda berputar mencari idea
sabar mungkin perlu ada
nekad penyelesai utama

titisan air dari udara menjadi teman
ingainkan perjalanan indah umpama taman
minda tak henti berangan
mengubat rindu berbulan
yang menjanjikan kemesraan

berjumpa
bergembira
bermesra
bersama
mahukan lebih banyak masa

manisan mulut yang diimpi
tak dapat ditunai
sedikit kecewa menyelubung hati
harap tertunai nanti
mahukan lagi temujanji

 perpisahan dibenci jua
mahukan terus bersama
ya, terus bersama
selamanya


xxxxxxxxxxxxxxxxx

16 July 2010

impak...

kampung aku di penuhi jarebu tak tentu pasal..payah jugak nak g keje camni..tahap penglihatan pada paras bahaya aku agak..mau bertembung kalau naek moto laju -laju tak hidupkan lampu..aku kene pelahankan moto sambil fokus 100%...aku membuat flasback samada ada kebun terbakar area kawasan kampung aku..aku givup.. teruskan perjalanan tak toleh kiri kanan..


dalam 3 km smpai kawasan pekan.aku jumpa pak saad terkial- kial kayuh basikal..aku rasa sedikit pelik ..ada lagi basikal orang tue ni..hari tu dah beria - ria nak letak dalam muzium kat balai raya tu..kebiasaannya die dah macam velentino rossi naek vespa g minum kat kedai..kat kedai aji roslan tempat pak saad minum dah tersusun molek je basikal - basikal model 70an..aku agak ada perjumpaan basikal- basikal tua la..aku abaikan jugak kejadian tu..


sampai kat pekan..orang kat balai raya dah kumpul-kumpul...bawak poster papetah..kaen rentang dah tersangkut sana sini..aku agak jap lagi ada rusuhan ni..kat tepi jalan aji johari ketua pembangkang kawasan aku dah pakai smart-smart bawak loud hailer kesana-kemari..aku serius malas campur hal politik pembangkang ni..aku ni jenis bebas..lantak korang ar nak berbalah ke apa..jangan ada pergaduhan kaum dah la..


jalan depan lagi..lori pulak kumpul ramai-ramai depan stesen minyak..aku dah geleng kepala..kat depan stesen minyak pun boley nak wat perjumpaan persatuan lori daerah..stesen minyak tu dah pasang poster tutup..mogok kot...nasib baik aku dah isi mnyak semalam..tak yah la risau pasal minyak..


aku teruskan perjalanan...aku gelak dalam hati.. kat kampung masing-masing dah stat masak guna kayu api sebab harga gas naik...yang pakcik-pakcik ni dah naik basikal sebab minyak moto mahal.. yang ketua pembangkang ni mesti nak mengahasut penduduk benci kerajaan..pemandu lori dah sah-sah nak mogok minyak naik harga..cuma aku harap kedai makan tempat aku lunch nanti  tak naikkan harga teh o ais limau.... 




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


harga baru setelah subsidi dikurangkan



Petrol RON 95 - RM1.85 seliter

Diesel - RM1.75 seliter.

Gula - RM1.70 sekilogram.
Gas LPG - RM1.85 sekilogram

15 July 2010

pemintaan..


kadang- kadang aku fokus jugak mentelaah profail orang kat fesbook..satu per satu aku teliti..tgok perkembangan semasa kawan- kawan..ada yang happy, sedih, kusut,dan gaya nak berlagak pun ada..yang kejap happy kejap sedih pun ada..aku agak diorng ni ada masalah rumah tangga..ntah la masing-masing punye hal..

tadi, si cinta yang baru umor 3 taun ni mintak aku suggest lagu tok die..die cakap nak karoke..aku dah berbelas kali cakap jangan g karoke kang kene kidnap..terus die wat muke ayu cakap nak karoke kat rumah je..haha...good-good.

aku pilihkan lagu ni..pandai-pandai la camne ko nak melalak nanti....tapi lagu ni memang best..




Lirik Chinta - Loque (Butterfingers)

Kau hadir bila tiba waktunya...
tidak diundang tak jua dipinta
walau lari kau tetap datang jua
keranamu chinta..tak mampu menahannya

Aku terus mencuba terus lari dari chinta..
kerana perit terasa sengsara tanpa kata
kerana dusta...

Chinta kau lulurkan hati ini
membuatkan segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh cinta
terasa bahagia..hanya menunggu saat dan tika.

Aku akan terus melangkah walau tanpamu oh chinta...
Aku yakin akan adanya setia ceritera yang tiada akhirnya..

Chinta kau lulurkan hati ini
membuatkan segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh cinta
terasa bahagia..hanya menunggu saat dan tika.

kerana...
kerana...terasa bahagia...

Chinta... abadi chinta
chinta padaNYA
chinta satu...
chinta selamanya....

Lirik Chinta - Loque (Butterfingers)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

aku harap si cinta ni tak pelat nak sebut nama die lepas nyanyi lagu ni

13 July 2010

happy birthday cinta....




tahniah untuk kamu cinta, dah makin menebal juga akhirnya kamu kan..tiga tahun gak aku jaga kamu..nasib baik la kamu ni tak degil..senang sikit nak jage..takpe aku bele kamu bagi tebal lagi eh..

ingat lagi masa kamu nak lahir dulu..susah jugak kamu nak jadi tau..tuan kamu ni pemalu..biase la orang muda malu tapi mahu..haha..asik nak usya je..tapi next step lambat sangat nak mula..





sekarang kamu dah hidup dgn aku kan..aku harap aku boleh jaga kamu dengan baik..kalau kamu tak puas ati aku mintak maaf..aku tau kadang-kadang kamu jeles tgok orang layan cinta die dengan kemewahan..tapi aku tak boleh la camtu..aku tak nak kamu hayut dalam dunia kemewahan..ingat kamu tu baru tiga taun..nak sekolah tadika pun tak lepas lagi..jangan ngada-ngada nak g karoke la pe la...aku try didik kamu elok -elok ..kamu jangan wat perangai eh..kang aku tempeleng laju- laju..

pesanan terakhir aku......



xxxxxxxxxxxxxxxxxxx






10 July 2010

susuk 3...

aku masuk langkah pelahan - pelahan...muke tak pandang akak kat meje...aku tau akak tu dah stat tenung aku laen macam..

" dah ciap kak..? brepe ek?.." aku cakap sambil pandang barang- barang dalam almari sebelah pintu.

" ape kakak plak, kite kan sebaye...hik3...Rm 20 je..saye bagi diskaun"..suara gedik mula terbit dari mulut pempuan tu..lantak la same kau nk sebaye ke apa.aku malas merespon tindakan menggediknya..aku kuarkan duit secepat yang mungkin dan trus pusing menghadap almari..aku melihat tindakan pempuan tadi dari cermin almari..die melakukan sesuatu kat atas laptop aku..

" ish pe jadah pempuan ni toreh laptop aku..klu nk miang pn jangan la  cakar- cakar kat situ.. "aku berbisik dalam hati...aku semakain tak selesa.. aku hulur tangan kebelakang tok capai laptop atas meje untuk mengelak memandang muka pempuan tu....dapat je aku trus memulakan langkah..

" ey awak!..duit ni "...aku yang bukan pada keadaan berjaga- jaga terus memandang ke arah pempuan tu mengenangkan perkataan duit tanpa berfikir sejenak....agrh!..die wat muke comel plak




aku tertipu sebenarnya, tektik mengunakan perkataan duit telah menyebabkan aku pandang pempuan tu jugak..die nak aku call die...bile aku tgok kat laptop aku tadi..



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

no fon aku takleh pamer kat sini..aku rase die guna teknik cam dalam iklan tu..haha..tp awek tu boleh tahan gak la comel..hik3..
sape nak nombor die..msg aku dalam fesbok..nnt aku bagi..

09 July 2010

susuk 2...

aku giveup...laptop aku ni ad masalah dalaman kot...nak bagi susuk kuat pn tak mau..10 kali pujuk  baik - baik tak jalan..14 kali pujuk ngan carutan pon tak jalan jgak.."degil.." aku kuarkan sedikit suara marah aku...ofismate mula tercengang- cengang.. kene g kedai komputer jgak nak repair sikit..aku kemas lebeh kurang ,jalan berlenggang, laptop kepit kat ketiak, cd aku pegang dengan bibir....turun tangga tak bermaya dengan mengeluarkan muzik selipar..dalam kepala tgah fikir teknik - teknik tak nak kene ngurat...sampai..

"saya nak repair ni kak..masukkan susuk sekali ni eh..?.." jelas aku pantas ngan senyuman manis - manis buah...aku bantai je panggil akak sebab tak tau umor berape..

akak tu diam..tenung semacam....

" erk..ad antu kat belakang ke kak? " aku wat muka cuak sikit..

" eh.. xde la..isi borang eh..."akak td menyahut ringkas setelah mengelamun seketika..senyum die dh nak capai telinga...aku dh  tak sedap ati..

" siap...petang nnt saya amik "..aku pulang pen,cakap tak pandang muka die..trus jalan kuar dari kedai..

" ey..ey.. nanti la dulu.." terdengar suara akak tadi mula nak ngurat aku..
..........................

08 July 2010

macam iklan...



iklan yang ni aku rasa belom ada dalam tivi..agak menarik same macam iklan yang laen...
enjoy...





perempuan ni...? haha..rahsia.....
esok aku cerita kat korang...arini aku tak sempat...





xxxxxxxxxxxxx

05 July 2010

dadah...


berpapan gak aku telan dadah sintetik ni..aku agak ada yang tiruan la..sakit pale aku tak okey pun telan dadah ni..blom ad dalam berita thailand wat panadol..ermmm..
jagan ada polis wat saringan air kencing on da way balik nanti dah la..




xxxxxxxxxxxxxxxx

deman perbezaan cuaca kot ni..pastu jepon tak g final...huh...

02 July 2010

susuk...



mentera dibaca rapi..waktu tengah hari jumaat yang sepi sangat sesuai ritual berkaitan dijalankan...gangguan dari persekitaran memungkinkan segala perjalanan memasukkan susuk ini akan terganggu..udara dari aircon berderu pantas menghasilkan keadaan dingin tahap berdiri segala bulu di tangan..

segala tunjuk ajar step by step dari pemilik asal susuk tersebut aku susun molek-molek dalam memori otak mengikut FIFO (first in first out)..aku tak boleh berlengah lagi...waktu sebelum orang sebuk pergi sembayang jumaat amatlah afdal..mengikut pengalaman orang terdahulu  upacara berjalan tak memakan masa yang lama jika mengikut prosedur yang betul....

mula......
.
.
.
.
.

loading 98 %...




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

dah lapan kali kot aku try ni....maki dah berbelas-belas kali...
ikotkan malas nak jumpe awek kedai komputer kat bawah ni....kang kene ngurat lagi..ermm..rezeki kot awek tu dapat jumpe aku lagi..haha....g dulu ye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...