30 April 2010

kau punye penangan.....

haaaaaaaah...semingu  gak aku dalam bahtera mimpi tak berapa nak indah sebuk kesana - kemari berkerja sampai meninggalkan  skandel tanpa sebarang nafkah..ermmm.. tak ley nak wat pe la kan..dah mase  tak dapat nak diperuntukkan..ad gak aku rase macam dah masukkan dua post semalam...check - check balek tak de plak...haha..dalam mimpi ar kot..

ni aku nak ckit skit pasal slot akasia...harap smua tau la ek..tak yah la aku nk terang panjang lebar pasal slot tu..sape tak tau gak meh la jmpe aku nnt aku  bagi penerangan terperinci dan penuh ketelitian..
aku tak menafikan sekarang ni dah terjebak  dah jadi orang yang tegar dalam menonton slot ni ..dulu aku tak amik pot sgat pon..segalanya bermula sabab aku tertengok episod 1st na o mei...

sape tak tengok jangan menyesal sangat...tak de ar best sangat..haha..tapi aku dah terjebak sampai 97 % tak penah tertinggal nak tengok cite tu....sape nak test aku pasal jalan cite ni aku tak de hal la..aku sanggup sahut cabaran....


"Dua hati bersatu umpama pantai dan lautan."

aku malas nak wat die pnye sinopsis la..tapi aku nak komen sikit-sikit  pasal cite ni...cite takde la mengarut sangat..sangat sesuai ditonton semua golongan temasuk aku sebagai remaja yang hendak membesar ni..pelakon semua ada bakat nk melakonkan watak masing - masing..kawasan die shoting aku suke..snokeling memang best walaupn aku penah wat skli je..tapi diorang diving nampak lagi best..aku lum try lagi...takpe-takpe akan aku terjah Langkapuri Beach Resort tu..  


tapi  sebelum tu aku cme ad satu kemusykilan ar dalam cite ni...aku pening - pening gak fikir mane dtang watak si Reza ni...tibe - tibe je muncul mase diorng dah besar..adkah makcik Maimon jumpe si reza ni kat bawah pokok tepi pantai depan rumah dalam kotak bersalut kaen batik mase die kcik dlu...? aku tanye gak kat penonton - penonton tegar yang laen..diorang stil tak dapat merungkai kemusykilan yang berlaku..haha..tapi aku malas nak g wat reserch plak..so aku kuburkan je la kemusykilan bersama episod terakhir cite tu..

bab benda yang yang aku paling suke dalan cite ni ada 2 je..ni aku dah wat pemerhatian slama mengikuti kesemua siri na o mei ni
  1. aku suke Raja Fara tapi bukan si Arina dalam cite ni..
  2. aku suke kete bapak si Kamelia tu..haha




xxxxxxxxxxxxxxxx


skarang aku layann adamaya plak..
tungu je la pe jd nanti...

22 April 2010

tak cukup tinggi...

hati gundah gulana mengenang nasib yang tak banyak berubah..arghh..sesekali merungut menjadi buah mulut perbualan samada serius atau untuk gelak ketawa..aku belajar menghargai dan menghadapi takdir...mungkin rezeki belum datang..ayat-ayat skema member nak bagi semangat tok diri sendiri dan  orang laen..

sape tak tau KPLI boley  tanye aku bile - bile masa eh.....aku ni admire gak la kat kpli ni..haha ...berangan nak dapat tu mesti la ada kan..dengar orng cakap menyebabkan aku memang nak sangat la si kpli ni..untuk pengetahuaan ni kali ke-2 aku masuk merisik dengan berhemah dan sistematik secara online..adat la merisik kpli ni kene g test dulu..nak cari yang betul - betul ekselen je baru boley dapat..haha..aku dah 2 kali gak wat test..aku tak cukup ekselen lagi ke?haha..1st dulu aku jawab berhati - hati tapi tahap konfidentnye rendah..yang 2nd ni takat konfident dah mencanak naek tambah dengan ketelitian menjawab umpama seorang profesor..


last - last aku sedar yang aku ni memang tak ada rezeki nak dapat si kpli ni..mentah - mentah direject dengan ayat agak skema sambil nak jaga ati..


Harap Maaf, maklumat 870214******, MOHAMAD HAIRIZAL BIN MOHAMAD ZAPHAI telah kami proses.
Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan temu duga


bagi memastikan kehampaan tak berada kat diri aku je...aku sms la kat member yang sama - sama berusaha merisik ...


aku: oit..lu dapat tak anak dara pak moe si kpli tu?

die: haha..gua dah chek gak ..kne reject bro... gua tak cukup tinggi...


aku: lu sengal......

aku stil berusaha nak dapatkan gak ..orang cakap pemohon konsisten ada harapan nak dapat kalo ade rezeki..so aku pegang pe yang orang tu cakap..

*ucapan tok pak moe....pasal susah sangat nak bagi si kpli tok kitorang terutamanya aku..aku ni dah cukup bedidikasi tahap maksimum..ad peluang jangan segan nak amik aku tok kpli tu..aku janji akan wat elok - elok kalo dah dapat..insyaALLAH...



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

19 April 2010

nilai sms semalam..

aku: oit.. lu mne? lepak?

s: gua kat bp...lu lmbat bro..

aku: owh..k.. gua kusut dol...

s:lu amik smbayang..smbyg tobat n hajat..

aku: okey..tq...

aku memasang niat nak sembayang tobat dan hajat malam ni...







aku tertido...sedar dah pagi..smbyang isyak pn tak wat.........
waaaaaaaaa.....

aku bersalah .....


jangan sedih sayang...

arrrrrgh!!!!...jerit sam...bingkas die tersedar dari mimpi ngeri..mimpi ngeri yang sama berulang kali hadir dalam mimpinya...baginya mimpi memakan ayam kampung masak rendang di hari raya adalah satu mimpi agak luar biasa..wajah ahli keluarga mula bermain dalam fikiran  .die rasa tak sedap hati kerana kebiasaanya die akan mimpi berdating dengan katy parry atau pn jasicca alba...sam ni agak demand dan hanya memang memilih artis holiwod tok hadir dalam mimpinya.. 

sam  menoleh ke tingkap berhampiran..cahaya matahari sedang cuba mencuri - curi masuk menandakan hari sudah semakin pagi..eh!!...nape aku tak dengar azan subuh arini..hatinya semakin tak keruan tentang perubahan yang berlaku kebelakangan ni..tangannya digerakkan untuk mengusap isterinya disebelah..nelly masih enak melayan mimpi yang kebiasaannya berkenaan artis bolywod seperti  salman khan tanpa menyedari sam dah bangun..satu kucupan romantis ditujukan kepada nelly supaya nelly tersedar..sam senyum sendirian melihat wajah comel isterinya yang baru sebulan lebey berkahwen..sam tahu yang anak - anak hasil perhubungannya akan tampan sepertinya..

 sam merasakan masanya tidak akan lama di dunia..sam mengambil pen dan kertas tok menulis isi hatinya yang mungkin tak sempat disampaikan kepada nelly..

***************

waktu menunjukkan jam 12.30 pm..sam mengajak nelly lunch tempat  baru yang belum penah mereka cuba....perutnya mahukan menu istimewa lebih sedap daripada biasa..." i arini nak makan lauk sambal petai udang galah..." kate sam kepada nelly yang agak  happy sebab dah 1 bulan tak datang period..nelly tak membalas percakapan sam dan hanya melemparkan senyuman..

sedang berjalan seiringan menyanyi lagu seiring sejalan dengan suara yang sumbang jelas melambangkan kebahagiaan mereka..tiba- tiba..... 2 orang lelaki menangkap sam dan memasukkannya ke dalam guni..sam cuba melawan tapi tak mampu untuk melepaskan diri...sam dibawa pergi tanpa simpati...nelly menjadi panik dan hanya mampu menjerit meminta pertolongan..sam menjerit " nelly baca surat kat bawah bantal..." dengan pantas sambil menangis nelly balik ke rumah tok membaca surat tersebut..
i dah mimpi bukan - bukan...

i rasa i dah nk tinggalkn u..

u jaga diri baek - baek..

banyakkan sabar menghadapi ari mendatang..
 
cuba didik anak i jangan jadi bapak ayam macam i..

nelly yang menitiskan air mata pada mulanya berhenti serta merta..dalam hatinya berkata " tak sedar diri punya laki...."



gambar kawen sam & nelly

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

16 April 2010

biskut tiger...

cikgu aminah tersenyum melihat murid-muridnya yang comel duduk dimeja masing -masing..die merupakan cikgu praktikal disalah sebuah sekolah rendah yang muridnya terdiri dari pelbagai bangsa..gelagat murid- murid kelas 2  JASA menjadi santapan hariannya di sekolah...pagi ini die membuka topik perbualan mengenai sarapan pagi setelah melihat chong atau nama penuhnya Ah Chong Ngak duduk tak bermaya di kerusi sambil mengorek lubang idung...tak senonoh punya budak kata cikgu aminah dalam hati...


'' murid - murid brekpes tak pagi tadi ",cikgu aminah melemparkan suara merdunya di dalam kelas..'' sudah cikgu" jawab anak muridnya dengan antonasi nada berbeza - beza... muridnya mula membuat bising sama sendiri bercerita tentang sarapan pagi masing - masing..cikgu bertanya kepada kumpulan murid hyperaktif dalam kelas apa yang diorang makan pagi tadi..ada yang menjawab nasi goreng,telur setengah masak,cekodok keras, nasi lemak mak limah,kueh koci,tosei dan macam- macam lagi..susana menjadi hingar  seperti dalam dewan rakyat yang cikgu aminah tengok dalam berita..cikgu aminah meminta miridnya bertenang..namun chong msih dalam posisi tak bermaya dan kadang - kadang menjentik taik hidung die kat kawan sebelah..

tiba-tiba amira menjerit kuat.." saya makan biskut tiger..nak jadi sekuat tiger cikgu"..suara keanak-anakkan amira berkumandang satu kelas.. chong mula mengerutkan dahi seperti ada yang tak kena..lantas die berkata " you makan biskut tiger ka..aya tak sedap la, mami i marah kalau i makan itu biskut"...mami chong merupakan seorang cikgu bahasa inggeris di sekolah menengah...amira membantah sekerasnya menidakkan penyataan yang dibuat oleh chong..amira mendapat sokongan majoriti yang mengatakan biskut tiger bagus...

cikgu aminah menenangkan keadaan.. die meminta chong memberi penjelasan.." iya la, aritu mami beli banyak biskut tiger, i try culi - culi makan lo..memang tak cedap.."..chong meneruskan cerita..maminya turut melempangnya beberapa kali setelah die mencuba makan biskut tiger..cikgu aminah menjadi serius dan beranggapan ini satu penderaan terhadap chong...cikgu aminah memandang tepat ke arah chong mendegar dengar penuh minat..

cikgu aminah mencelah..." ey..saya pn makan biskut tiger..cdap je..sihat plak tu.."...chong mememandang cikgu aminah sambil berkata...."you sama dodoh sama i la, mami ckap org bodoh je makan biskut tiger.."..cikgu aminah menjadi semakin keliru...." aya betul la cikgu..mami cakap biskut tu untuk tiger saja..mami bagi tiger makan pagi dan petang.."..cikgu aminah bertannya pantas.." sape tiger?" ...chong menjawab tenang.."anjing i la"...

cikgu aminah terus kembali ke meja menyelak nota- nota...dalam hatinya sedikit bengang dengan penyataan chong...

xxxxxxxxxxxxxxxx

15 April 2010

kecelaruan menimpa...

bunga - bunga cinta nyayian misha omar tidak hadir kat dalam hati aku pagi ni menyebabkan aras semangat aku ditahap kritikal...tengok jam menunjukkan kul 6.30 am..miss N menunjakkan tanda - tanda nak meragam..aku dah bagi makan dari malam tadi still tak kenyang ..tah la mungkin charger rosak kot kate aku kepada miss N untuk pastikan die tak terus meragam dan mula menunjukkan kecerian..pergerakan slow aku hasilkan menggantikan langkahan segak hari- hari sebelum ni...arghh..malas plak nak g keje ni....

3 ari sebelum program menyebabkan kadar perjalanan kerja meningkat dalam ofis..pangilan bertali arus  dan deringan yang meningkatkan tahap kebingitan dihadapi dengan penuh ketabahan..sehinggakan mendapat panggilan mengatakan program perlu dibatalkan..damn ...sahutan aku terhadap berita yang aku terima..tapi kegembiraan mula mekar dalam hati sebab aku tak perlu la g JB  dan bley la wat perciapan majlis pertunangan big brother aku..dalam pale aku dh bersiap sedia memprogramkan perubahan yang berlaku dan memikirkan langkah seterusnya..
namun, kegembiraan beransur pudar setelah perancangan baru  dihasilkan dan kesepakatan dibuat untuk menunda ke minggu depan..lantas fikiran aku teralih dan hanya mimikirkan kepada seseorang....
perlukah kansel date lagi...?


xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

14 April 2010

konklusi ape yang terjadi....( episode 2)

aku menungu dengan kesabaran untuk 3 jam,penuh kesabaran, didikasi dan kesopanan..akhirnya YDP hadir dengan memandu BMW buatan Malaysia dengan begitu gah sekali..aku take over drive  dan memecut sepenuh hati sehinggakan bergegar meter kete tu..mate aku dah kuyu, jam kat tangan menunjukkan jam 3 am...haha..selalunya aku drive diri ke katil untuk menjemput mimpi - mimpi indah datang..highway utara selatan milik aku sepenuhnya..sape je kat line sbelah kiri aku kasi makan asap minyak petrol Ron 95..beberapa kali aku cuba mengajak pemandu bas ekspress untuk berlumba tapi die menolak dengan sopan mengatakan die sayang kat keluarga die..aku insaf seketika......

aku kene drive sepantas yang mungkin bagi mengelakkan mata mengantuk dan boley menyebabkan aku masok paper esok ari sbab kemalangan...4 am aku tiba di RnR Seremban untuk melelapkan mata..tak bley tahan beb..mate aku dah hampir tertutup mase memandu tadi..jadi la aku lelapkan mata selama satu jam..tak sempat nak mimpi lagi aku amik keputusan teruskan perjalanan ke LCCT.. YDP nk naik flight g padang..sedey gak aku tiba - tiba ...nape la die tak ajak aku sekali..ley aku makan the true nasi padang..haha...kul 5.30 die dh masuk balai berlepas dan dengan pantas aku change gear manual tuk menuju ke petronas terdekat..mate aku mengantuk lagi ni...kang sok pagi jadi macam panda plak..aku parking port baek  je kat petronas trus sambung mimpi jap...

aku ad keje korprat jap lagi ni..pale aku mengatur strategi nak g KSM kat Putrajaya..aku dah ad pengalaman g kat sana...nak parking kete memang susah..demn...aku amik keputusan bersiap cepat tok sampai sana lbey kurang kul 8 am..datang saing diorang nak masuk keje..parking stil banyak lagi...aku pantas bergerak dari LCCT ke Putrajaya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling..perot aku rase gak lapar ni..nak berhenti makan tak best plak kn..so aku nekad trus tok setelkan job aku arini...aku sampai je sane dapat parking cun je dekat ngan bangunan KSM tu..


8.05 am aku dah tercegat kacak depan pintu..aku toleh kanan orang sebuk tunggu lift nak naik tingkat atas..aku toleh kiri akak -akak plus awek cun membawa bungkusan makanan masing - masing sambil tergelak kecil keriangan....diorang ni seperti tidak menghiraukan kehadiran aku...memang tak patut...aku naek tingkat lapan untuk berjumpa dengan dengan contact person...aku berjalan seperti golongan korporat yang berpengalaman...." bley saye jumpe en. ****" kata aku dengan penuh profesional...."owh... saye en. ****...awal encik sampai"...jawab selamber dari seorang pekerja kerajaan..aku memandang jam dengan penuh tumpuan..8.15 am....awl sangatkah aku sampai..aku bercakap dengan hati aku..diorang ni tak biase stat keje awal ke?..aku menimbulkan tanda tanya  kepada diri aku...lantas aku menjawap dengan penuh keegoan.." saya nak g airpot jap lagi...." suasana menjadi sepi...aku menyerahkan dokumen yang dikehendaki dan menyelesaikan tugasan secepat yang mungkin...

aku tingalkan pejabat tersebut terus ke parkin lot untuk mendapatkan BMW aku...ternyata parking dah penuh...still ramai yang ke hulu hilir mencari parking...tiba - tiba...fuc*!!!! ade plak orng blok kete aku..camne nk kuar ni..prot dah mengeluarkan bunyian kelaparan..nsib baik kete tu ad tinggalkan no fon soh alih kete...aku soh akak ni alihkan kete secepat yang mungkin sbab aku cakap ad hal penting...akak tu datang terkedek - kedek sedangkan aku menahan kepanasan dipanah sinaran matahari....

aku kontek member - member ajak mengulor kejap teman ku makan..aku tau diorang ni selalu mengulor sebab perangai diorang lbey kurang aku je..tapi aku lbey berdidikasi la...haha..nasib tak menyebelahi aku sebab diorang  ada komitmen laen..perancangan untuk berjumpa dengan diorang aku tukar secepat yang mungkin..aku kene isi perot aku dulu..aku singah kat RnR berhampiran oder nasi lemak dan nescafe tarik kaw tak mau mengantuk punye..nasi lemak aku santap dengan penuh bergaya tanpa menghiraukan gadis - gadis yang jugak kelaparan di sekitar......


xxxxxxxxxxxxxxxxxx

destinasi budget.....

hati berbunga - bunga bagun pagi ni, mengeliat sikit ala artis barat bangun tido terus mencapai tuala putih gebu tersangkut kat hanger..melangkah segak ke arah toilet dengan sekali - sekala meneyeh mata bagi menjelaskan pandangan...perancangan dalam kepala disusun molek bagi memastikan perjalanan lancar untuk menjalankan job yang telah ditugaskan oleh YDP..

aku menciapkan diri dengan sekemas dan sepantas yang mungkin terus pergi ke meja makan bagi menyantap sarapan pagi yang telah disediakan oleh chef terkenal makku sayang..7.30 am tepat aku duduk untuk menyarungkan stokin hitam berjenama eropah dan terus menyarungkan kasut yang  buatan Malaysia tanpa  ragu-ragu....langkah bermula,kereta BMW buatan Malaysia aku stat bagi memanaskan enjin seketika sebelum perjalanan 1 jam 30 minit aku tempuh sebentar lagi..aku dikehendaki menghantar kete ke bengkel bagi proses menservis dan perapian ke atas kerosakan yang berlaku beberapa hari ni..

*************
BMW dah aku anta ke bengkel, YDP dah tungu aku kat situ dan menyatakan sesuatu kepada aku...aku kne menerima dengan tabah dan berani..." awak balek rumah naek bus bley, saye ad meeting jap lagi....duit tambang saye bagi..." tersentak seketika..kenangan 10 tahun lalu berlegar - legar riang dalam kepala aku...yeah..aku sahut dengan berani dan dalam sekelip mata aku dah sampai kat satu bustop yang agak - agak usang macam dalam cite melayu tahun 80an...10 minit berdiri berlindungkan bayang-bayang pokok mengelak panahan mentari terik menunggu kehadiran bus untuk ke destinasi seterusnya..

seperti dijangka bus last edition zaman jepun datang dengan terhoyong -hayang menghampiri kawasan parking untuk mengambil penumpang..sekoyan- koyan penumpang turun dari destinasi sebelumnya dengan gaya - gaya tersendiri..aku menghampiri pemandu dan menyatakan kepada beliau destenasi yang hendak dituju.." uncle, saya mau sit vvip bley?"..." bley, you duduk la mana - mana..semua sit vvip punya.." jawab uncle dengan tenang melayan kerenah penumpang demand macam aku...aku melangkah pelahan memilih sit vvip kosong baris no 2 yang ber"leather seat" berwarna coklat dan dilengkapi fresh econ di sebelah..aku mengerak - gerakan pungung di kusyen yang empuk bagi mendapatkan posisi yang selesa...gegaran bus semakain kencang menandakan uncle sudah bersedia nak berlepas...perjalanan sudah bermula, aku sempat mengeyitkan mata kearah seorang gadis melayu yang dari tadi asyik memerhati gerak - geri aku..lambaian manja aku perolehi tanpa diminta dari gadis tersebut..menjadikan perjalanan aku ini berbunga - bunga juga akhirnya.......




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

12 April 2010

konklusi ape yang terjadi....( episode 1)

miss N

aktiviti 6 april petang berjalan macam biasa diofis..duduk dikerusi empuk berehat setelah perut kenyang lunch tak seberapa tadi...kepala tgah  kusut sikit kenangkan test yang dah dekat..stady x lagi  menyebabakan hati berdebar- debar menanti hari mendatang seperti menunggu isteri bersalin..haha..bila plak aku dah ada isteri...tapi skandel aku tak lupakan la..yela sbab ngan die aku dapat luangkan masa dikala senang atau sempit..sedang aku sibuk menokok tambah keayuan skandel aku tiba-tiba siaran radio yang kadang- kadang membingitkan cuping telinga terganggu...seperti ada sebuah kapal supersonik melintasi ruang legar ofis aku yang berkedudukan tak berapa tinggi sangat la dari paras laut..aku tersentak bila terasa gegaran berskala richter rendah berlaku di meja bos yang aku telah aku jadikan seperti meja aku gak sekali-sekala....

rupanya miss N bergetar manja mengharapkan aku mengambilnya menandakan ada pangilan masuk ..aku mengambilnya tanpa berfikir panjang sambil tanpa mengalihkan fokus pada skandel..nama YDP Bos terpapar di skreen miss N..aku matikan radio kat belakang menggunakan kaki dan menerima pangilan tersebut dengan nada profesional..hampir  5 minit aku berdiskusi bersama bos dan aku mendapat tugasan wajib yang perlu dilakukan..urgent plak tu..

alamak kepala berkecamuk memikir perancangan yang perlu aku wat..aku memang macam ni sentisa mahukan perancangan dengan rapi bagi menghasilkan sesutu tugasan yang terancang..mengunakan kebijaksanaan dan pengalaman yang tak seberapa aku terima tugasan dengan rela hati ..namun satu bayang - bayang ayu mula berlegar - legar dibenak fikiran membuat muka sedih..aku je tau siapa bayang ayu tersebut sbab aku dah wat date ngn beliau dan confom kene kensel atas tugasan penting dari YDP..arghhh...jadi kusut plak tetiba nak explain kat beliau..tapi aku tau beliau akan terima keadaan ni dgn tabah sambil memonyokkan muka dengan bibir yang mongel....tak pe..aku akan explain kemudian....aku terus save segala rawatan keayuan skandel untuk mengemaskan diri pulang ke rumah....


xxxxxxxxxxxxxxx



sorry beliau sbb kansel date kite eh...



******
aku menghargai jasa miss N selama beberapa tahun...dah berlambak dugaan aku harungi bersama die..
kadang-kadang die ada sakit gak meragam tak nak mengeluarkan huruf bila diminta..tapi skrang ni jgan la asik meragam eh sayang....
bila tah nak dapat ganti dgn miss C  untuk merehatkan khidmat miss N..



miss C(yg tengah tu comel kn?haha..)

xxxxxxxxxxxx

05 April 2010

penjawat awam....?







No. Kad Pengenalan:   870214******
Nama Penuh:   MOHAMAD HAIRIZAL BIN MOHAMAD ZAPHAI

Peperiksaan:    PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41
No. Angka Giliran:   1011189
Tempat Peperiksaan:   DEWAN ,
    SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
    MELAKA TENGAH
    75450 BUKIT KATIL
    MELAKA. 

Jawatan:   PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41 
   



aku memang  tak ready nak g test ni...tengok gaye aku kne struggle  ar minggu ni umpama member yang ngah amik final exam..

.....doakan kejayaan aku....





xxxxxxxxxxxx

02 April 2010

merancang perubahan....

hari demi hari aku menggunakan masa dengan sebaiknya seperti student nak amik final exam sampai masak megi pun bawak nota g dapor..nsib baik zaman sekarang tak gune kayu api..klu x bley koyakkan sikit nota tu bagi senag sikit api nak idup..aku menggunakan masa sebaiknya untuk meneruskan kajian yang tak menghasilkan sekeping thesis pun.ni la kot aktiviti harian aku dengan selingan membuat panggilan terhadap mangsa -mangsa compny aku..padahal mangsa- mangsa ni berharga sebab bagi aku komisyen tiap- tiap bulan..

sedang asik khusyuk  tergelak - gelak kecil membuat reserch ke atas blog - blog baru yang aku jumpe aku terbelai sesuatu yang lembut dan agak panjang..eh..syok la plak kn..aku teruskan membelai tanpa disedari ofismate sebab pasti akan menjadi buah mulut bagi diorang..aku bukannye tak suke diorng bual pasal aku cuma aku akan tiba- tiba rasa malu-malu kucing parsi...aku kembalikan kosentrasi aku membuat reserch sebab aku nak layan skandal petang sikit sebelum balik.

lenguh gak belai lame - lame ni kan..so aku mengambil keputusan memberhentikan aktiviti membelai tanpa menganggu aktiviti mengkaji...selang beberapa ketika aku tersentak kebingungan..timbul tanda tanya pe aku wat tadi, patut ke aku wat camtu kalau org tegok tadi..argh....lantak la pe diorang cakap..dengan yakin aku cakap dalam hati...aku tau diorang mesti tak ley wat macam aku wat tadi..aku gelak sendirian tanpa menghiraukan keadaan sekitar seperti baru mendapat ciuman istimewa dari kekasih..

segan aku buang ketepi dan teruskan aktiviti membelai sehingakan aku berfikir kembali..ku tenung tajam screen laptop sehingga menampakkan bayang - bayang lelaki kacak disitu..tanda tanya kembali muncul disekitar otakku yang sedang giat berfikir..knapa aku tak wat bende ni dari dulu lagi, adakah aku tak perasan kewujudan bende yang aku belai ni..keadaan menjadi senyap seketika sehingakan radio yang dipasang juga turut berhenti mendendangkan lagu untuk beberapa minit....mungkin dejey tersebut juga turut memberi laluan aku untuk berfikir.....

tak lame selepas tu lagu faveret aku dari faizal tahir- selamat malam dimainkan..dengan serta merta aku dapat menyelesaikan kekusutan yang timbul....ya..itulah jawapan yang aku cari ..rambut aku dah panjang rupenye..tak salah aku dah lebih dari tiga bulan aku tak gunting rambut menyebabkan rambut dah mencecahi kolar baju yang tak berapa korporat ni ... teringat plak kat akak sabah ni yang gunting rambut aku tiga bulan yang lalu..akak ni memang hot la aku nk bagi tau boley cuci mata la klu gunting rambut kat situ..akak tu cakap aku pandai jaga rambut dan memang tak dapat dinafikan la sebab aku memang kerap syampu untuk menhasilkan rambut yang lembut dan menawan..

ermm...aku kne gunting rambut nampaknye...tapi tak dapat la g kat kedai akak tu sbab jauh la aku nak g.. ..huh...aku kne gunting kat sni je la..tapi aku harap akak or brader yang nak gunting rambut aku nanti ni tak wat kerja terkutuk nak sabotaj aku..aku lempang die laju - laju sambil aku cantas bulu - bulu yang ade kat badan diorang klu diorg wat cam tu la..yela klu die sabotaj aku mau sebulan aku mintak cuti tak bergaji .. malu ar beb nak g keje..takkan aku nak berkopiah ke tempat kerja...memang x patut..





xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

01 April 2010

kenagan terlampau......








tadi aku ad wat aktiviti yang dapat merapatkan hubungan silaturrahim  aku dengan seseorang insan yang sentiase jd target aku..lame gak la aku menggunakan masa yang aku ada mse keje terluang ni untuk melayan beliau...skandel terpakse aku aku buang ketepi sementare kerana mendahulukan yang penting kn..first come first serve bagi aku adalah penting bagi menunjukkan diri aku adalah adil dan saksama..



kami berkongsi lagu - lagu romantis yang bley mendatangkan feeling yang mendalam sehigga boley berlarutan selama beberapa hari...tetiba plak teringat memori brkaroke bersama beliau pada sustu masa dahulu..seronok memang la seronok sebab bley bermesra - mesra merapatkan hubungan..hampir setahun gak la aku dah x karoke bersama beliau kerana kekangan masa dan pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan macam.

sekarangni just bley karoke bersama - sama teman terdekat untuk mengisi masa lapang kalau kitorang hangout.kawan - kawan aku ni bley tahan la tahap ketagihan karoke nya sehinggakn sanggup merayu - rayu tok pastikan ketagihan berkaroke diorang dapat dihapuskan. mereka terdiri drpada

The kontraktor
The bread maker  
The three phase
The tiny gurl
&
the others yang xdapat aku cari gelaran yang sesuai tok diorang termasuk aku sendiri.aku dah hafal lalagu - lagu faveret diorng seperti

azie-pelamin anganku musnah
xpdc-hijau bumi tuhan
ajai & nurul- keliru
waliband-cari jdoh
macam - macam lagi ar sebab mud diorang ni berubah- ubah mengikut timing kitrong smapai kat pusat karoke..tapi aku nak karoke jap lagi ngan lagu feveret aku la  ditujukan kepada beliau..sape nak join bley gak tapi pilih lagu lain ar sebab akan kne tampar ngan aku klu korang sebat lagu fevret aku ni.. 












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...