28 May 2010

nyanyian dihari wesak...


aku ni nak kate bergelar CEO belom lagi la gamaknye...tapi keje mungkin dah nak menghampiri keje CEO ar kot..hmmm...sampaikan arini cuti pun aku ley tak pasan..ikotkan bukan perayaan untuk aku kan...oleh sebab 1 Malaysia aku pun berbangge sebenarnya ad cuti arini....

nak dijadikan cerita....disebabkan tak ingat arini cuti aku pon meninggalkan komputer riba aku kat ofis...so terkontang - kanting la die kat ofis  sane mase semua orang cuti...jadi atas tugasan yang memerlukan aku menggunakan komputer tersebut kat rumah aku gagahkan diri gak ke ofis...dah sampai ofis ni alang -alang on line la kejap tok menghilangkan lelah yang tak seberapa..

selamat bercuti aku ucapkan...lagu ni aku nak nyanyi mase balik nanti..hahaha...

26 May 2010

akak hair stylist....

aku pandu kete pantas - pantas ... aku tak tekan nitrous oxide systems sebab takut terlepas simpang nanti..lagi satu banyak ayam tepi jalan zaman sekarang ni.terlanggar kang tak pasal berdose....aku tak tau la mb ayam ni tengok berita kat tivi pasal " ayam" jual body kat lorong -lorong gelap..so ayam - ayam kampung  jual body kat jalan raye plak...dengan berbekalkan pengalaman dan kecekapan sedia ada aku sampai ke destinasi..

aku nak g repair mahkota kepala aku..aku rasa dah tak ley nak mengekalkan bentuknya supaya tersisir rapi..
" kak.. potong rambut saye cantik - cantik, buang mane yang tak patut, yang tebal ni  akak tipiskan, yang gulung - gulung akak buang, belakang ni pendekkan sikit.." jelas aku dengan penuh terperinci..aku tak nak akak ni tersalah repair rambut aku.kang malu aku tak memasal..aku tau sekarang ni musim piala dunia..mane la tau akak ni dah banyak repair rambut customer wat stail "penan" yang ronaldo wat mse piala dunia dulu...akak tu menganguk faham..aku pandang ke dinding..poster pemain bola sepak terkemuka dunia tertampal kemas  termasuk si " penan" ronaldo...risau aku meningkat...

" kak.. kak..potong kemas - kemas tau.. macam artis holiwod tu..saye kne jage kredibiliti sebagai seorang remaja berwawasan..." aku menambah lagi bagi memastikan akak tu wat keje ngan teliti..akak tu melakukan tanggugjwabnya dengan penuh berdidikasi...setiap teknik potongan aku perhatikan bagi mengelakkan kesilapan..

xxxxxxx

" dik...nape adik tak wat rambut mamat dalam majalah ni..ensem la " tibe - tiba akak tadi bersuara sambil menghulur senaskah majalah hiburan selepas aku mengibas -ngibas rambut kat baju aku.. terpampang wajah si shahir af 8 kat muka hadapan...akak tadi tersenyum lebar memandang aku..."kak.. leonardo dicaprio dengan mamat  ni mane lg ensem ?" aku bertanyakan soalan ringkas dengan pantas dan tegas..." eh..mesti la leonardo dicaprio...haha" akak tadi menjawab sambil tergelak kecil..." haha..sebab tu saya buat style artis holiwod.." aku menjawab sambil mengambil duit baki dan mencampak majalah tersebut ke dalam tong sampah sebelah meja...aku berjalan ala artis holiwod keluar dari kedai....akak tadi tersipu -sipu malu.......



xxxxxxxxxxxxxxxxx


aku tau akak ni peminat si leonardo sebab  kat pintu kedai banyak tampal poster die...

24 May 2010

kata - kata jari 2









bila ada perubahan
kau menempelak hebat
jelas iri hati kau
kau jaja segala yang tak pasti
apa yang kau dapat
aku pun tak tahu

kau sentiasa nak nampak hebat
aku tak penah kesah
aku buat 
kau pun nak buat
apa yang kau dapat

aku tetap rasa hormat
tapi kau yang tak beradap
aku harap 
bukan kau yang buat khianat.


xxxxxxx

21 May 2010

aku serius ni....


rutin harian aku jalankan seperti biase arini...dari meng "on" kan laptop diikuti memeriksa email,muka buku hingga membawa kepada blog dan bentuk musim bunga (formspring).
aku ad menjengah satu blog tadi..lantas membuat aku rase terkedu seketika..memikirkan realiti hidup manusia sebenar..memikirkan tujuan manusia hidup di muka bumi yang tiada langsung rasa bertanggujawab dan berperi kemanusiaan..

sebelum tu aku nak tunjuk satu video yang aku amik daripada www.youtube.com ..ciptaan ALLAH yang sungguh comel dan bijak bernama dolphin..aku memang suke membele ikan ni tapi belum lagi sampai tahap nak bela dolphin kat rumah aku..tapi pas tengok vedio ni rase nak bela memang membuak- buak la..kalau aku bela kat rumah aku boley ar petang - petang berenang- renang bersama binatang ni..mesti syok wow...





dolphin memang bijak..mempunyai IQ yang agak tinggi dikalangan binatang lain dianggarkan  83 manakala manusia biase dianggarkan 100..tapi kanapa manusia tak boleh berfikir secara waras sepenuhnya?...sanggup membunuh tanpa langsung belas kasihan kepada hidupan tersebut..dengan tanpa rasa bersalah boleh mngelar badan dolpin tanpa sebarang ehsan...yang aku pelik boleh wat macam pesta plak..sape yang dapat bunuh banyak die menang...aku benci manusia macam ni..mana pergi WWF semua boleh membiarkan benda ni terus berlaku..aku bukan soh John Cena datang belasah diorang tu..tapi World Wildlife Fund mesti mengambil tindakan sepatutnya..kalau tak sok cucu kepada cucu aku tak dapat kenal dolphin ..dapat tengok dalam gambar je sbab dah pupus.....







xxxxxxxxxxxxxxx


thanks kepada http://iamstradust.blogspot.com sbb menyedarkan aku tentang kewujudan pendajal dolphin..

20 May 2010

keje baru...yeah....

aku toleh kanan...ada meja..toleh kiri ada tingkap...ape aku nak wat ni kan dalam ati aku berbisik..fesbuk dah abis aku geledah,gambar - gambar awek dah abis aku tenung..blog - blog sasaran aku dah aku lawat...aku plak kurang dapat idea pagi khamis yang indah ni..

aku rase nak cari keje baru la wat sementara waktu ni..tapi ni nak try la je kn..aku harap korang tak fikir bukan - bukan pas ni k..aku cari keje tambahan ni tok suke - suke je..

aku nak try keje kat kaunter pertanyaan la..dapat membantu golongan yang memerlukan..mulia sikit orang kate la kan....so korang boley la support kerjaya baru aku ni eh..tanye pape yang patut..

waktu pertanyaan 8.00 pagi - 5.00 petang...aku suke keje ofis hour ni..malam aku ada keje laen..


korng jangan tanye yang bukan - bukan..yang penting aku jawab segera..yang mengarut nnt aku anta jawapan korng gne burung merpati..
tq..

"selamat datang encik"...."boley saya bantu"......


xxxxxxxxxxxxxx

19 May 2010

boleh ketagih ni beb...


petang sabtu aku isi dengan aktiviti melayan kanak - kanak merengek kelaparan ...." eh..tadi cakap nak makan" si kecik berbicara dengan menghasilkan muka kesian..aku toleh kekiri..aku tergelak kecil...aku teruskan panduan..jalan tak barapa sesak..aku suka batu pahat ni kadang - kadang je la..klu time sesak aku maki jgak..aku pandu tenang sambil mendengar lagu sayup - sayup di mamah suara - suara kanak - kanak di belakang..

si montel pon turut mengeluarkan suara..." jom la g sane... dah tringin gak ni...dah lame tak makan.."....."okey"..balas aku pendek..aku memikirkan jalan terdekat tok ke destinasi yang hendak dituju..jalan tershotcut aku pilih bagi memastikan air liur kanak - kanak yang dah terliur ni tak cecah ke kusyen kete..

aku tekan nitrous oxide system...kete meluncur laju bak pelumba jalanan dalam cite eropah..kanak - kanak terkebelakang..ada yang terkial - kial memasang seat belt..ada yang kejam mata tak tentu arah sambil memegang kusyen dengan erat...air liur yang dah nak tercecah kat kusyen masuk balik ke dalam mulut..selepas 30 saat memecut aku perlahankan kenderaan..aku takut ada yang terkencing nanti..sampai ke destinasi...




aku bawak diorang makan kat 1 kedai pisang goreng feverete..terletak di simpang rantai batu pahat mengahala ke pontian..kedai berhampiran trafic light..kat cini makanan lain tak berapa sepecial aku agak..sebab aku mkan pisang goreng je klu aku datang sini..tengok orang laen pon same..
die punye sedap memang kne makan 2 pingan kalu lapor ar...klu tak berapa lapor 1 pinggan cukup la..tapi still rase nak tambah je..tinggal tgk iman kuat or tak je la nk tambah lagi..

aku dah hampir 4 tahun menjadi pelanggan tegar ar...rase tetap same.. rangupnya sangat mengiurkan..die punya sambal suam - suam kuku pedas bercampur dengan kisaran kacang tanah membangkitkan rasa lemak memang ngam la di curah atas pisang goreng yang panas..

cubaan pertama memamah hidangan tersebut akan berterusan hingga ke potongan pisang goreng terakhir..kelazatan yang teramat akan membuat korang tak pasan dah abis...so tanpa berfikir panjang akan menambah satu pinggan lagi..

aku ajak diorang balek..nampak muka kepuasan diorang..ada yang kekenyangan..ada yang bungkus nak bawak balek...." nanti datang lagi eh?.." suara sape tah aku tak ingat...aku anguk je sebab aku akn datang balek ke kedai tu..

ktorang pulang dengan kegembiraan..menyanyi dengan riang..kanak - kanak tadi sebenarnya adalah kawan kawan aku..haha..

the kontraktor
the tiny girl
the garden heart
the three phase
kempot

kepada the crocs girl rugi ko tak ikot...hik3..


xxxxxxxxxxx

18 May 2010

corat coret di majlis persandingan the bread maker....

henset aku bergetar...bunyi macam biase aku tak dapat nak ditafsirkan dalam bentuk ayat...
satu pangilan masuk diterima daripada The garden heart...die mengatakan majlis persandingan stat kul 12...aku yang sedang bertungkus -lumus menyiapkan Rancangan Keluarga Ejal ke -8 terpaksa menagguhkan dulu segala aktiviti yang sedang berjalan....


aku pergi menyambut kehadiran kekasih hati kat bustand secepat yang mungkin..beliau sudah tiba di destinasi lebih awal dari yang dijangka..bagus gak driver bus ni dalam ati aku berkata...bandar Muar sesak...masalah kesesakan menjadi seteru utama pemandu yang nak capat seperti aku ni..dalam kepala bila la muar nak ada flyover..sempat aku berimaginasi sementara menunggu lampu traffic light bertukar warna memberi laluan..aku pandu pantas ke rumah The tiny girl..The kontraktor juga dah termangu menunggu kehadiaran aku..geng yang laen aku tak tau ke mane..." jom gerak"..aku mengeluarkan arahan pantas..


geng semua nak g kat rumah The bread maker...arini majlis persandingan die bersama suami  pada hari guru yang disambut setiap tahun.. ucapan tahniah aku sampaikan kepada pasangan baru ni..moga korang bahagia sampai akhir hayat..untuk Sir Yusof a.k.a great teacher yusof aku ucapkan selamat hari guru..sori aku lupa nak wish mase kte jumpe aritu...sir memang terbaek..tak lupa kat kitorng..




ni antara geng yang hadir..kat situ ada The crocs girl, The three phase, The tiny girl, The kontraktor , The  louder, sue, fera, kiah, kempot, scandel the kontraktor dan kekasih hati




kat dalam ni ada geng dari group laen..tapi ada gak terselit the kontraktor ni..perangai die dah berubah sekarang..jangan melarat sudah semenjak duduk kat site campur mat indon..aku naik risau gak..ni the garden heart pun ada menjadikan keseimbangan lelaki kat kanan dan kiri.. aku rase the louder amik berkat paling banyak dok kat tengah - tengah pengantin tu..



kat sini aku selit gambar kandit yuna..saksikan...die tgah tengok aku tu..haha..aku respek kat yuna sbab die layan smua geng nak amik gambar bersamanya....




yang ni not available k..
the kontraktor tak abis - abis tenung scandel barunye..



hah...diorang ni memang sesuai aku tengok..aku harap the kontraktor mula langkah cepat sikit..perangai bagi elok..buang tabiat bukan - bukan ko kat site..aku tunggu keputusan je dari ko ni..tak dapat aku sekeh pale ko.....




xxxxxxxxxxxxxxx

takziah kepada The Bad Man atas kehilangan nendanya...AL FATIHAH....

14 May 2010

anak aku pn ada type R....




sam dan nazri bercuti hari ni...cuti tahun yang dimohon telah diluluskan oleh menegernya..kerja sebagai akaunten mereka  nak gak amik cuti taun..bagi mereka kerja macam lembu  tak kaye - kaye patut menghargai cuti taun yang diorng ada..hidup bujang bukan masalah bagi diorang tentang makan..seperti biase dalam lingkungan pukul 11.00 pagi diorang berjalan kaki ke kedai kopi pakcik jon...diorang berbangga sebab rumah diorang dekat dengan kedai tu sebab kedai pakcik jon dah mula populer semenjak jalan- jalan cari makan mengadakan pengambaran kat citu..

burung  pun semakin bayak berkicauaan kebelakangan ni dah macam kat taman burung...kadang - kadang datang sepasang burung engagang  dari serawak melepak kat dahan berhampiran kedai pakcik jon ni...mereka rase burung tu pn tengok pakcik jon kat tivi kot..mungkin burung cenderawasih datang gak kat kedai tu kalau kedai kopi pakcik jon ni kuar kat astro plak... mereka oder nasi lemak janda selly montok 2 bungkus..mereka makan tok lunch sekali sebab diorang dah biase " branch" ni iaitu brekfes + lunch tok menjimatkan perbelanjaan bulanannye..

selesai makan nazri bace newspaper yang letak berlipat kat atas meja...die menyelak kat bahagian permotoran..berita utama memaparkan yang honda memberhentikan pegeluaran type R.....lantas sam berkata kepad nazri.... " haha....aku belum sempat kumpul wet type r dah tak kuar"...... " tu la...rugi tul, type r ni pawer beb, sape ada pas ni memang megah ar...dah limited sekarng.." tambah nazri besungguh - sungguh.... 

pakcik jon kuar dari dapur untuk menyapa diorang.." aku baru je beli type r  semalam tok anak aku...haha" kata pakcik jon dengan sedikit riak...kedua lelaki tersebut memandang sinis kat pakcik jon..dalam hatinya pakcik jon pandai bergaya pas masuk tivi ni... "biar tul cik...kete tu limited taw sekarang..."sam menyampaikan hujahnya dengan muka yang bersunguh -sunguh...." agh..pe nye yang limited,, bayak je kat kedai leong ah kang tu...ko nak kaler pe pn ada la.." jelas pakcik jon bersahaja...

mereka tersentak... kedai leong ah kang merupakan salah sebuah kedai moto terkemuka kat pekan diorang..." tu ar bawah pokok aku letak type r anak aku...arini aku nak bawak g balai raya dulu nak tunjuk kat pak imam" tambah pakcik jon lagi....dengan serta merta mereka memalingkan muka ke arah pokok yang pakcik jon tunjuk menggunakan jari telunjuknya..




mereka terasa dipermainkan.." pakcik... kitorang cerita pasl kete la..honda civic type r...pakcik beli tu honda wave 100r je..." kata sam sambil mengeluarkan duit tok bayar wet nasi lemak dan susu ice yang diorang makan tadi...dalam hatinya sedikit kecewa ngan sikap pakcik jon yang tak berapa acuh dalam perkembanagn semasa.." ala kan ada R kat situ.. same je kan jenis honda..." tambah pakcik jon dengan bejalan pantas ke dapur...



xxxxxxxxxxxxxxx

pakcik jon dalam tivi...

suasana kedai kopi pakcik jon sedikit hingar - bingar pagi ahad di hari buruh ni..walaupun baru pkul 8.30 pagi kadar trafic pengunjung adalah tinggi menunjukkan kepopuleran kedai kopi pakcik jon sama level dengan restoran nasi kandar pelita kat kolumpo..aku cakap sbab aku penah tengok kat jalan - jalan cari makan bersama si gendut pengacaranye tu la kat dlam tivi....restoran tu agak popular dikalangan restoran mamak dalam malaysia ni...aku rase kedai pakcik jon perlu diketengahkan jugak..dalam kepala dah berangan nak email alamat kedai kopi pakcik jon kat jjcm tok next season punya program..mesti pakcik jon glemer...aku tak sabar nak tengok pakcik jon kuar kat tivi sambil tersengih - sengih ala pelakon holiwood..pakcik jon ni kerap kali bercakap nak masuk tivi..umor pun dah dalam kategori kubor panggil mari..sesekali aku nak gak tengok die dalam tivi..

pelanggan semakin berduyun - duyun...suasana seperti kat pasar ikan yang menukjukkan tiada priversi klu nak brekfes ngan kekasih...nsib baik aku g brekfes ngan kengkawan..so suasana bising - bising ni tak dihiraukan la..kicauan burung - burung agak riang pagi ni dok melepak kat dahan - dahan..."burung pun buruh ke tak g keje arini '' suara  si pian kedengaran..aku hanya senyum membalas pertanyaan berunsur jenaka tadi..kat kedai pakcik jon ni ad makanan fevret penduduk sekitar..dari pagi pelanggan tak henti - henti oder...ada yang makan situ dan ada yang bwak balek nak bagi anak - anak yang cuti kat rumah...maklumlah dapur kat rumah cuti gak sempena hari buruh.. 

masing - masing oder "nasi lemak janda sally"...aku pun dah bertahun - tahun fikir pehal la pakcik jon bagi name cam tu....aku rase tak de la komersial sgat nme tu...padahal bukan janda sally  pun yang wat nsi lemak tu..yang aku nampak isteri pakcik jon jela yang bertungkus lumus memerah keringat kat dapor masak nasi lemak tu tiap - tiap hari...kelazatan nasi lemaknya memang terserlah la tak dapat dinafikan..maybi pekej pembungkusan yang menarik tok pelanggan kat kedai ni..dengan mengekalkan keaslian daun pisang sebagai pembungkus..pastu ada dua ketegori nasi lemak iaitu montok or slim...yang ketegori montok tu 2.50 satu bungkus, ada ayam goreng ar...yang slim plak 1.50 satu bungkus ada telur ayam separuh....ermm...aku penah tanye kat pakcik jon pasal pakej nasi die ni..die cakap pelangan kat kdainya mejoriti beli yang montok..pakcik jon ni memang kretif la dalam hal menjual nasi lemak ni..
aku respek pakcik jon...mlam ni gak aku nk email kat jjcm...


xxxxxxxxxxxx


11 May 2010

bile antu pun join....

semalam aku belek - belek ar gmbar dalam hardisc ni ngah bosan - bosan ar kan...mula- mula mesti la tengok gambar kenangan bersama ermm-ermm...haha...pastu tengok la gambr yang macam- macam ada ni..
semalam merupakan bufday hosemate aku mase study dulu..teringat kat diorng ni...haha...seronok gak mase  study ni klu diingat - ingat balek..kitorng ni mmg ngam la dok satu rmah.. perangai lebey kurang je..kegemaran utama adalah jamaah berfutsal dan berCounter Strike..
nak dijadikan cerita, kitorng ni dh terpengaruh la dgn cerita kat dalam tivi ni..smua ni sebab kekerapan menonton tivi adalah tinggi sekali dalam rumah tu..fisrt dlu wakenabeb..rancangan yang menceritakan kenakalan hos iaitu adlin aman ramli mendajal mangsenye dengan perancangan teliti..kemudian muncul plak rancangan bang bang boom....konsep rancangan agak lebey kurang tapi lebih menghiburkan.....kedajalan pengacara tersebut telah meresap kedalam minda kitorng dengan merancang merakam akitvti memprank terhadap ahli rumah mase bufday ..maka bermulalah aktiviti tersebut dengan taktik dan plan yang terancang.

geng desa perwira

aku tak nak cite pasal plan-plan yang telah di buat...ni aku nk cite pasl antu yang kitorng jumpe dalam gambar pas kitorang bagai nak gila gelak - gelak prank si cekdin..kewujudan mahluk tersebut dalam gambar telah dijumpai oleh si kemal yang sedang cuba membuat gambar tersebut sebagai walpaper laptop..



 masing - masing terkedu pas tengok gambar tu...ktorng flash back pe yang kitorg gelak- gelak malam tu...mula la masing - masing nk bukak cite antu mase tu gak..actually ad beberapa kes nampak mahluk yang tak ingin dijumpe kat rumah kitorang ni..tapi wat senyap je la..

gambar ni kongklusi bagi semua kemusykilan kot...so kitorng je la yang tau pe yang sebenarnya..





xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx





06 May 2010

bebudak michigan...







 Cikgu Nany baru di pindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Michigan Amerika..hatinya tidak keruan mengenangkan nasib di sekolah baru..die mendengar khabar yang pelajarnya berakhlak kurang elok..

kakinya melangkah dengan penuh ketabahan..pelajarnya di dalam kelas masih belum berhenti bergurau dan bergelak tawa..dalam hatinya hanya mampu menahan sabar perihal pelajarnya yang kurang ajar..

cikgu nany memulakan pengajaran...

cikgu nany : what is the opposite of laughing....? 

pelajar : ermmm...sex! 

cikgu nany :  shame on you!... how can you say that...? 

pelajarteacher...laughing is Ha ha ha,

sex is Ah ah ah


 cikgu nany terduduk memikirkan masa depan....

xxxxxxxxxxx

baik gak aku ni....


semalam merupakan bufday adik aku yang ke 11 taun...aku dah bagi adiah secara senyap - senyap setelah beberapa kali die mengeluarkan fakta hari lahir die kat mak aku...mak aku selambe je jawab..." eh...yeke" haha...biase la mak aku buat-buat terkejut..aku sebenarnye tak ingat gak...tapi setelah adik aku ni asik - asik bg tau pasal bufday die..aku terbukak ati la nk bagi hadiah...


xxxxxxxxxxxxxx

03 May 2010

kata - kata jari (vol 1)....

akhirnya....
penantian berbulan - bulan berakhir
 kita akan dapat bersua
kerinduan tak dapat dibayang dengan kata- kata
esok hari diharap cepat menjelma
menanti bidadari terjaga
aku tak mahu ditunda
kerna


esok memungkinkan satu penyeksaan
seharian akan terasa seperti sebulan
aku tetap mahukan arini
aku sudah tidak 
menahan 
sabar
perjalan beribu saat berteman terik mentari
aku tiba di destinasi yang telah dijanji

kau muncul bersama wajah berseri
bersyukur aku dalam hati
aku rindu sangat 
- kamu-


18000 saat belalu sudah
diisi seberapa bahagia termampu
mungkin memang itu saje masa diperuntukkan untuk kita
lambaian berlaku juga 
berharap berjumpa lagi dilaen masa

hanya bauan yang kau beri aku amati
aku benar - benar menghargai
terima kasih 
sekali
lagi

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...