14 July 2011

ulang tahun cinta...


empat tahun yang lalu
hati lelaki ini normal sahaja
hanya berasa biasa melihat wanita
tak terdetik lagi memiliki wanita
mungkin belum tiba masanya

empat tahun yang lalu
lelaki ini ingin berubah
cuba mengharap dambaan dari wanita
mencari yang sedap dipandang mata
dapat tapi sudah berpunya

empat tahun yang lalu
wanita ini seperti ada ikatan kimia
muncul secara tak sengaja
mecuit hati lelaki ini
dan berjanji untuk bersatu hati

empat tahun yang lalu
mula berlajar menjaga hati
mengenal perkataan cinta sejati
menyemai sifat kejujuran diri
merungkai segala erti tanggung jawab

baberapa saat yang lalu
empat tahun sudah terbit cinta
antara lelaki ini dan wanita
semoga berkekalan akhirnya
dirahmati tuhan setiap masa

xxxxxxxxxxx





1 comment:

Anonymous said...

Slamat ulang taun cinta yg ke-4..xsabar untuk bersama setiap masa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...