26 March 2010

don't kissing at public area.....





bila insan yang bergelar lelaki jatuh cinta: ......
akan berusaha

  1. bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  2. sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang banyak bercakap.
  3. banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  5. sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  7. tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  8. mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. adakalanya  seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana  mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
  10. menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  12. akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.... i miss u..
  13. sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  14. mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana  merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
  16. tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17. cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
  18. membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  19. kalau ditinggalkan oleh kekasihnya,  berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun  sentiasa mengharap kekasihnya kembali .
  20. menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  21. tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya...








Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...