25 March 2010

aku direfleksologi........




Semalam , sekitar jam 6 petang aku bersama kawan aku pergi ke batu pahat dengan tujuan yang 1 untuk mencari barang keperluan. pergi dengan bertemankan sinaran matahari yang hendak terbenem tapi still memancarkan cahaya yang terik..

sampai ke destinasi yang hendak dituju, kami memulakan langkah dengan gaya masing-masing. actually aku just teman kawan aku je nak beli barang. first barang yang nk dicari sabun tahan mengantuk " aqura".korang ley check dalam web pasal sabun tu.dah sampai kedai tu bley plak jurujualnye xde. lame gak tercegat sambil membuat andaian bukan2 kat tokey kdai tu..hahaha.. tak bley tahan wat keputusan g cari barang laen dlu. masa mundar- mandir jumpe plak tempat refleksologi..tengok kedai macam lengang je..keinginan nak mencuba mengelodak tp rase segan plak nk tanye..2 3 kali gak lalu dpan kadai 2 tp still segan nak tanye..

pas ciap g beli barang laen singgah lagi kat kedai jual sabun tu..jurujual bg ayat power + demostrasi yang agak tak masuk akal menyebabkan aku bley tergelak sampai sekarang teringat pe yang mamat 2 buat..hak3..last2 member aku angkat gak sabun yang dijanjkan keberkesananya oleh member aku gak kat uthm..

on da way nk balik lalu lagi kedai refleksologi tu..fikir 2 3 kali nekad gak nk try..pas borak2 dengan pekerja kat situ member aku try wat bekam tp aku try wat urutan kaki je la.      

aku disuruh duduk kat kusi yang agak empuk  sambil dibelainye tapak kaki aku..aku borak2 sambil mengeliat sikit2 nak tahan sakit urutan yang dibuat. tp kne wat cool jela sebab ramai orang lalu- lalang tengok aku direfleksologi.

sesi soal jawab aku dengan pekerja berjalan dan aku hanya mampu berkerut dahi nk tahan geli.banyak gak info gak aku dapat ..ni aku ada sertakan info kebaikan refleksologi....





Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan.

Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.

apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.

Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing.

bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.

Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan.

Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik.

FAKTA: Kelebihan refleksologi

  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggul
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelak risiko sembelit
  • Mengurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
  • Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah

  • Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

    Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

    Bagaimana toksin terjadi?

    • Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
    • Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
    • Merokok
    • Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
    • Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.



    so sape rase nk wat 2 ley ar try..aku pun mungkin akan ke kedai tu lagi nak wat bekam..nnt aku kongsi info pasal bekam.











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...